CLICK ME

Monday 29 September 2014

Ikan Bilis Kentang Bercili

selalu bila tak tahu nak masak apa ataupun sebenarnya lebih kepada malas sangat nak masak sebab macam takde idea nak masak apa. selalu aku akan buat ikan bilis kentang bercili. aku sangat suka ni sebab aku suka makan ikan bilis dan aku jugak suka makan kentang. combo kan. lagipun ada ke orang tak suka makan kentang? hm tapi lain orang lain la tekak dia kan.

so aku nak share resepi ikan bilis kentang bercili ni. resepi ni pun sama lebih kepada olahan ikut anak tekak sendiri.




Resepi Ikan Bilis Kentang Bercili


Bahan-bahan:

* kentang yang dihiris halus. tapi selalu pun aku guna kentang wedges yang beli kat Giant tu je. senang dia dah siap potong. hahah. nampak beno pemalasnya aku ni. uhuks.

* ikan bilis. kalau size yang comel-comel halus tu lagi sedap.

* cili boh. cili ni memang aku dah siap blend awal-awal masuk dalam peti ais ready untuk masak-masak tumis ni. cili boh ni yang dijual pun ada. tapi aku prefer buat sendiri. kalau nak buat sendiri blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan. tambah air sikit. tapi jangan over sangat. asalkan blender tu boleh pusing dah la.

* bawang putih.

* bawang merah.

* minyak untuk menumis.

* air asam jawa.

* 1 sb sos tiram.

* garam secukup rasa.

* gula secukup rasa.



Cara-cara:

1/ goreng ikan bilis dan kentang dulu. tapi apa aku buat aku goreng kentang lepas tu baru ikan bilis. sebab ikan bilis kan selalu lepas goreng minyak jadi hitam.

2/ tumbuk bawang putih dan bawang merah.

3/ panaskan minyak di kuali lain. masukkan bawang putih dan bawang merah yang dah ditumbuk tadi. tumis agak-agak je. tak payah naik bau takpe.

4/ masukkan cili boh tadi. tumis cili ni bagi sampai naik minyak.

5/ masukkan sos tiram. gaulkan.

6/ masukkan air asam jawa sikit. kacau bagi sebati.

7/ agak rasa macam pedas-pedas tu masukkan gula. kacau. masukkan pula garam bagi ada rasa. tapi garam tu letak manja-manja je.

8/ tengok macam dah nak kering masukkan pulak ikan bilis dan kentang yang dah digoreng tadi. gaulkan bagi sebati.

9/ siap untuk dihidangkan. lagi-lagi dengan nasik panas. dan tak payah nak buat sayur bagai. kentang ada. ikan bilis pun ada. lagi kalau makan dengan kicap. hurm memang over kan.







with love,
NHZ

Mee Hailam Sedap Over

pagi ni aku nak share resepi mee hailam. aku memang suka makan mee hailam. kalau balik Perak tu memang kalau pergi kedai peveret aku Patua tu memang aku order tak mee hailam pun mesti order kueytiaw ladna.

mungkin sebab aku suka makan kicap so otometik aku memang akan suka makan mee hailam dan sebarang makanan yang berkicap la. ahahaha.

resepi mee hailam ni aku ambil dari chef hanieliza, tapi aku dah olah olah sikit ikut rasa anak tekak aku la kan. paling bestnya mee hailam ni sebab boleh buang angin. sebabnya aku akan letak banyak lada hitam. apa lagi kalau dah makan mee hailam ni memang 1 keluarga la bruut bruut je la. Arissa pun bruut bruut sekali. oh bruut bruut kat sini merujuk kepada kentut ye. bukan cirit birit ok.

selalu bila malas nak makan nasik memang ni la option aku. mee hailam la. sebab simple dan bahannya pun senang. semua ada kat dapur.






Resepi Mee Hailam Sedap yang Over


Bahan-bahan:

* bawang putih(ditumbuk)
* mee kuning
* isi ayam
* bebola ikan
* 3 sb kicap pekat. aku guna kicap mee.
* 2 sb sos tiram
* 2 sb sos tomato
* 1 sb tepung jagung yang dibancuh secawan air
* karot (potong panjang)
* kobis 
* sawi
* tomato (potong 4)
* cili (hiris panjang)
* lada hitam
* sebiji telur
* optional; udang dan sotong
* garam secukup rasa
* air
* sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. 

2/ rasa minyak tu dah cukup panas tumiskan bawang putih yang dah tumbuk tadi. tumis manja-manja. jangan sampai hangus bawang tu.

3/ masukkan ayam dan air. biarkan dalam 15-20 minit. guna api kecik.

4/ masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. masukkan pula bebola ayam. kacau.

5/ agak kuah dah pekat masukkan pula karot. biarkan dalam 5 minit bagi karot tu lembut sikit.

6/ masukkan sayur kobis. kacau.

7/ masukkan air bancuhan tepung jagung tadi untuk pekatkan kuah lagi. kepekatan ikut suka. macam aku, aku suka pekat tapi tak la likat. aku suka macam tak cair tak pekat. yang sedang-sedang saja.

8/ masukkan lada hitam. ini ikut suka. masukkan garam secukup rasa.

9/ masukkan telur. telur tu biarkan je. agak dia dah timbul jadi sebiji tu boleh la masukkan udang sotong kalau ada. sebab udang sotong ni masaknya cepat je. kalau lama-lama nanti liat. 

10/ masukkan mee kuning dan gaulkan. masukkan tomato dan cili.

11/ biarkan dalam 3 minit je tak boleh lama nanti mee tu lembik sangat. agak-agak je bagi mee tu sebati dengan kuah tu.

11/ boleh diangkat dan dihidangkan.



ini la mee hailam yang dah dihasilkan dalam kuali. Arissa kemain lagi. nampak je dah hidang atas meja terus nak nak. selalu aku cepat-cepat letak mee hailam ni dalam bekas kecik lain untuk asingkan bagi cepat sejuk boleh bagi Arissa makan. seronok tengok babygirl makan. suka dia. dalam pedas-pedas lada hitam pun dia mintak lagi. bertambah. dia cakap "nyummy.nyummy."







with love,
NHZ

Happy 3rd Anniversary Dear Hubby

Assalamua'laikum wbt.

alhamdulillah hari ni 30/9/2014 genap la usia perkahwinan aku dengan Nabil yang ke 3 tahun.

syukur ya Rabbi. dalam banyak dugaan sepanjang dalam perkahwinan ni, bertahan jugak sampai 3 tahun. betul orang cakap alam perkahwinan ni kena banyak toleransi dan sabar. paling penting niatkan pernikahan kita kerana Allah SWT. jadi apa kita buat semua berlandaskan agama.

anak kami pun dah semakin membesar dan she gets smarter everyday. watching her growing up in front of my eyes everyday is a bliss. she is just my pride my joy.

untuk suami, 
Happy 3rd Anniversary sayang. its never been easy but inshaAllah selagi kita ada agama i know we both can deal with it.


with love,
NHZ








Milkshake sedap macam McD

omg seriously nak cakap milkshake ni memang sedap giler. memang best giler. macam rasa milkshake mcd.

well for those yang tak tahu milkshake tu apa. milkshake ni susu kocak. kat mcd ada jual.

dulu rajen membeli dari mcd tapi sejak konflik perang israel-palestin ni memang teguhkan hati untuk boikot mcd. mula-mula tu rasa susah jugak tapi bila fikir balik ini la the least thing aku sebagai umat islam boleh buat. so i have to strengthen my iman. inshaAllah boleh.

so sejak dah takde mcd ni takde la milkshake. macam hilang tempat bergantung jugak. uhuks. kuikui.
macam teringin sangat nak minum milkshake so gugel la resepi-resepi milkshake best-best. banyak yang best-best. tapi resepi milkshake aku ni lebih kepada olahan sendiri. try and error.

mujur sedap ya Allah. ok memang tak tipu milkshake ni memang sedap macam rasa mekdi punya. serius tak tipu.

sebenarnya nak buat milkshake ni lebih kepada nak bagi babygirl minum susu. babygirl masih breastfeeding tapi saja nak bagi dia jinak-jinak dengan susu selain susu badan. alhamdulillah milkshake ni memang sedap giler. sampai kena buat hari-hari ko. sebab Arissa akan tunjuk blender pastu dia cakap chek chek. ha dia nak milkshake la tu.

kalau tengok muka Arissa minum kemain lagi fokus dia hirup guna straw tu. one shot. tak pandang kiri kanan. pastu pandang muka ibu cakap "yummeh. yummeh."

so cute.





waksep kat encik somi gambar milkshake. dia cakap 'kenapa eh bila abg takde mesti masak sedap2?'

ahahah.

mintak maaf la sayang. since my husband is away ill try my best to fill the emptiness by cooking and baking. trying new things.

aku guna gelas Starbucks je sebab kat rumah takde gelas besar yang transparent. tapi aku dah takde la beli Starbucks. kalau tak dulu tu setiap minggu mesti melabur kat sana je. sejak perang israel-palestin ni memang sedaya upaya boikot apa yang termampu. so rasa macam nak sangat minum latte pergi la coffe bean takpun pegi coffee coffea je.






Resepi Milkshake Best Yang Over Sedap


Bahan-bahan;

* 1 cup susu Marigold HL. 1 cup equal to 250 ml.
 tapi kalau nak guna susu lain pun ikut suka.tapi aku prefer kalau nak buat milkshake guna Marigold HL

* 3 sb syrup Hershey's coklat. kalau takde boleh ganti dengan coklat bar.

* 1 sb gula.

* 5 sb aiskrim vanilla. aku guna jenama nestle. tapi ni pun ikut suka.

* 5 ketul ais batu kecik kecik yang comel-comel



Cara-cara:

1/ masukkan semua dalam blender.

kalau nak guna blender yang sama untuk blend cili tu pun boleh. tapi tipsnya ni adik aku bagitahu la. blend dulu dengan air paip semata-mata. tapi apa yang aku buat. aku blend dulu dengan air paip 2 kali. pastu kali ke3 aku perah limau  kecik tu dalam blender tu pastu aku blend dengan air limau. then kali keempat aku blender lagi dengan air paip semata-mata untuk make sure dah hilang rasa pedas dia. pastu baru aku masukkan sume bahan-bahan.

2/ agak-agak semua bahan-bahan dah diblend dengan halus. boleh tutup dan sediakan.

3/ kalau nak buat style macam menarik perhatian orang sekeliling boleh la semburkan dengan whipped cream pastu letak hershey's syrup tu  dalam bentuk swirl tu.




kesimpulannya memang sedap. tak sabar tunggu laki aku balik nak hidangkan pada dia. yums yums.



love,
NHZ

Nasik Goreng For Dinner

Assalamua'laikum wbt.

malam ni dinner masak yang paling pantas dan secepat kilat akibat kelaparan both Arissa and me. tengahari tadi Arissa dah disuapkan nasik. cuma goreng dengan ikan sebab plan nak keluar pergi Giant.

susu dutch lady untuk Arissa dah habis. selalu beli botol tu je. so esok la pergi Giant beli. nak beli sikit bahan-bahan nak buat kek dengan air fanta. ok air fanta tu later nanti dah buat baru kita share resepi.

tapi tak lama lepas tu hujan. sekarang ni kan tengahari, petang, tak kira masa. kadang kadang malam pun hujan. subuh tadi pun hujan sini. alhamdulillah. rahmat.

ok sebab malam ni lapar yang over punya. Arissa pun dah start nanges nanges sebab lapar jugak sebab tadi last makan tengahari. pastu petang dia tidur lama. sebelum tu pun dia dah poo poo. alhamdulillah babygirl poo poo sebab anakku ini memang ada masalah nak poo poo. selalu pun mesti seminggu sekali poo poo. selalu kalau dah poo poo Arissa akan makan lepas tu bertambah tambah selera dia sebab perut pun dah selesa gamaknya.

so apa lagi yang sepantas kilat dan hanya main campak-campak je tanpa sukatan kan. taraaa. dah tentula nasik goreng. piappp pap pap je. perut ibu lapar. perut anak pun dah lapar. babygirl ni kalau dah lapar kemain lagi nanges macam kena dera. tensen aku. uhuh. tapi budak kan. mana reti nak cakap. camtu la dia channelkan perasaan dia. jadi mak mak sekalian macam aku ni kena la sabau tau. sabau k.

bukak peti ais ada sayur kangkung beli sabtu aritu sebab mama abah nak datang. so siap dah beli sayur semua. tapi memandangkan tak sempat masak aritu. dari dibiarkan kangkung tu layu daunnya dibuat la nasik goreng kampung. cili padi pun ada lagi. ikan bilis pun ada belen belen arituh. ayam pun ada. hm good. semua bahan nak ada.

ok sesiapa yang takde idea nak masak apa untuk makan malam bagi malam malam akan datang boleh la try kalau nak k. kalau Nabil ada ni memang bertambah tambah dah dia makan. sebab suami memang suka makan pedas pedas sampai berasap telinga macam naga tu. huish huish.







Resepi Nasi Goreng Kampung 

Bahan-bahan:

bawang putih
bawang merah
cili padi ikut suka, nak pedas boleh letak segenggam.
ikan bilis pun ikut suka.
belacan
sayur kangkung
isi ayam yang dicarik carik comel
nasik putih.
garam secukup rasa.


Cara-cara:

1/ tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan belacan sampai lumat. kalau nak sedap letak belacan banyak sikit. ini resepi dari abah. kalau nak tumbuk kasar pun boleh. ikut suka.

2/ panaskan minyak. 

3/ bila minyak tu dah panas masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi. guna api kecik. tumiskan sampai naik bau. faham kan naik bau tu macam mana. maksudnya kalau dah agak satu rumah tu ada bau sampai baju pun dah ada bau tu maksudnya dah boleh masukkan ayam. gaulkan isi ayam tu. tapi jgn gaul kasar. nanti hancur isi ayam tu. 

4/ agak bahan yang ditumis tadi dengan isi ayam pun dah agak keras masukkan nasik putih.

5/ gaulkan nasik putih tu. biarkan nasik tu hancur ye. bukan dalam shape yang berbuku buku. guna api kecik.

6/ masukkan kangkung tadi. gaulkan sampai sebati. maksudnya sampai kangkung tu dah layu.

7/ masukkan garam secukup rasa.

8/ gaulkan. agak-agak dah masak boleh tutup api dan hidangkan.




with love,
NHZ

First posting

Assalamualaikum wbt.
this is my first posting but not my first blog. this is maybe 3rd or 4th blog I've ever created. reason because i never get satisfied with the way i write or maybe deep within me myself felt that the posting were immature enough.

therefore harapnya kali ini posting ku matured enough la. kalau idok kena delete lagi jawabnya.

ok since this is a new chapter.a new beginning. i would like to jote down what im about to write and share. im gonna share recipes. though i aint a masterchef but i love to cook and i love to try new recipes yang mana i rasa akan membuatkan suami dan anakku makan bertambah-tambah. which is yes. i often uploaded the pictures of food in my ig. yeah i am that kinda loser person. i took some pictures of food and i uploaded it. so yeah the revealation sent down eventually. have a blog woman! so here am i. blogging.

basically im gonna share what i do daily. my daughter's development. she is so adorable and yes i cant get my eyes off her.  well im a mommeh. of course im gonna give the credit to my baby. right? right? heheh.

so yeah. im gonna stop here.
next post im gonna share the recipe. since am still new. i still figure out ways to fancy mancy my blog.

taa daaa.


love,
nhz