CLICK ME

Monday 17 November 2014

Udang Sambal Tumis Petai

Assalamua'laikum wbt.

hari ni dah 1hb november. cepat je dah masuk november kan. dah maal hijrah pun. aku nak ucapkan salam maal hijrah pada yang baca blog ni la. semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan, kebahagiaan dan keharmonian pada diri kita dan orang sekeliling. amin.

 di entry kali ni aku nak share resepi udang masak sambal tumis petai. wow wow. kalau untuk penggemar petai macam kami laki bini memang heaven la. sekilo udang tu memang tak cukup la. petai 3 papan pun memang sikit la. lepas tu bilik air pun wangi je. kihkih.

aku masak ni hari tu, tapi aku takde kesempatan nak share kat blog. selalu bila aku beli udang aku akan tumis sambal atau pun masak kicap. takpun aku buat cucur udang. yang lain tu aku tak terfikir la pulak nak masak udang tu camne.. kecuali udang galah aku akan buat masak lemak. campur pulak dengan karot putih. pergh. memang mengancam. ini resepi mak mertua aku. tapi itu nanti-nanti la aku share ok.

kebetulan petai yang ada dalam stok peti ais aku ada 3 papan je. aku pun malas nak pergi kedai beli petai lagi. penat aku naik turun lif kan. aku guna la bahan apa yang ada. udang pun ada lagi. so aku pun plan buat la udang masak sambal tumis petai. laki aku memang suka makan seafood ni. lagi lagi kalau ada petai tu ha ha ha memang lagi menarik perhatian la kan. anak aku pulak aku dah ajar dia makan pedas sikit-sikit. alhamdulillah. setakat pedas sikit dia dah boleh terima. tapi idak la pedas yang sesudu kuah sambal tu aku bagi kat dia. aku bagi dalam calit calit kat jari sikit je.

aku masak hidangan ni hari tu. kobis masak lemak, udang masak sambal tumis petai dan telur dadar. my daughter punya febret.





Resepi Udang Sambal Tumis Petai

Bahan-bahan yang di blend:

* cili kering
* bawang merah
* bawang putih
* sedikit belacan


Bahan-bahan kasar:

* udang
* air asam jawa
* garam secukup rasa
* sedikit gula
* air
* 1 biji bawang besar (potong gelang)
* minyak untuk menumis


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan bahan yang diblend tadi. tumis hingga pecah minyak dan cili menjadi garing. gunakan api kecil.

2/ bila cili dah garing, masukkan air asam jawa. kacau.

3/ masukkan sedikit air. kacau hingga menggelegak.

4/ masukkan garam secukup rasa.

5/ agak kuah dah memekat masukkan udang. udang tak perlu dimasak dengan lama sebab udang cepat masak. gaulkan.

6/ kalau terlalu pedas, masukkan sedikit gula. biarkan rasa sambal tumis tu balance.

7/ masukkan petai dan bawang besar. gaulkan.

8/ agak kepekatan kuah dah menepati citarasa sendiri boleh ditutup api.

9/ sedia untuk dihidang.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Friday 24 October 2014

Resepi Terung Goreng Bercili Yummo

di entry sebelum ni aku share resepi telur masak kurma. so sekarang aku nak share resepi terung goreng bercili. ini adalah first time aku masak terung ni. selalu aku buat terung campur dalam masak lemak atau asam pedas. tapi terung goreng bercili ni memang sedap sangat. lagi lagi dimakan dengan nasik panas-panas. 

pergh. pergh.




Resepi Terung Goreng Bercili

Bahan-bahan yang di blend:

* cili kering
* bawang merah
* bawang putih


Bahan-bahan kasar:

* 1 batang terung (potong kecik)
* segenggam ikan bilis
* bawang besar (potong gelang)
* cili merah (hiasan)
* sedikit air
* sedikit minyak
* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/ goreng ikan bilis terlebih dahulu. goreng garing. ketepikan.

2/ panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.

3/ masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi, terung yang dah dipotong kecik dan bawang besar. gaulkan.

4/ masukkan sedikit air. biarkan mendidih. kacaukan.

5/ masukkan garam secukup rasa. gaulkan.

6/ masukkan cili merah sebagai hiasan.

7/ agak terung dah masak boleh tutup api. sedia untuk dihidang.





with love,
NHZ



Telur Masak Kurma

alhamdulillah malam ni hujan dah mula redha sikit. tadi hujan lebat dari petang. plan nak pergi lawat rumah mak mertua aku, tapi dengan cuaca hujan ni tak jadi la. lagipun malam ni malam maal hijrah. waktu asar nak baca doa akhir tahun dan waktu marghrib nak baca doa awal tahun.

alhamdulillah.

salam maal hijrah untuk yang membaca blog picisan ini. semoga tahun baru ini membawa lebih banyak berita gembira dan sinar kebahagiaan untuk kita semua dan orang sekeliling kita. amin.

semalam aku masak lunch telur masak kurma, terung goreng bercili dan ikan pelaling goreng. bila hubby boo ada ni, semangat aku membara untuk masak. kalau tak tu aku masak yang simple untuk aku dan anak aku makan. walaupun kadang-kadang aku tinggal berdua dengan anak aku sebab hubby boo selalu outstation, tapi memang aku jarang makan luar la. bukan apa... aku memang dah terbiasa untuk masak. lagi-lagi anak aku kecik lagi. biar la aku ajar dia makan air tangan ibu dia kan. kihkih. lagipun makanan yang dimasak kat rumah ni lebih berkhasiat compare dari makan di luar kan.




di entry ni aku nak share resepi telur masak kurma yang aku masak semalam. kebetulan aku pun dah lama tak makan kurma. alhamdulillah dalam peti ais ada lagi telur. anak aku pun suka makan telur. jadi aku buatkan kurma.



Resepi Telur Masak Kurma

Bahan-bahan:

* 5 biji telur yang dah direbus dikupas kulitnya.
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* halia (dihiris)
* bawang besar (belah 4)
* 1 batang kulit kayu manis
* 5 biji buah pelaga
* 5 biji bunga lawang
* 2 biji bunga cengkih
* 1 cawan santan
* 2 biji cili hijau (belah tengah)
* 2 biji kentang (belah 6)
* sedikit minyak
* 1 cawan air
* air asam jawa
* 4 sudu besar rempah kurma yang dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dah halia. masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. tumis sehingga naik bau.

2/ masukkan rempah kurma yang dah dicampurkan dengan air. kacau hingga pecah minyak.

3/ masukkan kentang dan gaul rata.

4/ masukkan air dan biarkan mendidih.

5/ masukkan santan dan kacau sentiasa supaya tidak berbuku. guna api kecik.

6/ masukkan air asam jawa dan kacau.

7/ masukkan telur dan bawang besar. kacau hingga mendidih dan kuah memekat.

8/ masukkan garam secukup rasa dan cili hijau.

9/ agak kuah dah memekat mengikut citarasa yang dikehendaki boleh tutup api dan hidangkan.





with love,
NHZ

Resepi Ayam Masak Kicap

assalamua'laikum wbt.

petang ni hujan lebat. aku hanya duduk kat rumah je. laki aku pun ada kat rumah. dia tengah cuti sekarang. so dia tengok cerita The Hobbit. aku macam tak layan sangat cerita cerita yang unsur magical ni. aku layan movie yang macam ala ala chick flick gitu.

mueheheh.

anak aku pun tengah tidur. mudah la aku untuk blogging petang ni. tadi aku masak ayam masak kicap untuk lunch. tiba tiba aku macam takde idea nak masak apa. buka peti ais tengok ada ayam, so ok la aku pun proceed la masak ayam. dah beberapa hari asyik makan balado dengan sambal tumis je kan.

sayur pulak aku habiskan sayuran yang ada dalam peti ais tu. takut nanti lama lama busuk membazir pulak. sayur hari tu belen buat tom yam ada lagi. so aku masak sayur campur je.




Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

* ayam (dipotong kecik-kecik)
* serbuk kunyit
* garam
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* halia (dihiris)
* bawang besar (potong gelang)
* tomato (belah 6)
* cili merah (hiasan)
* 1 cawan air
* kicap
* sos tomato
* sos tiram
* sedikit minyak
* 6 helai daun limau purut (optional)


Cara-cara:

1/ lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. gorengkan separuh masak. tak perlu garing.

2/ panaskan minyak di kuali lain. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan.

3/ masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram, bergantung kepada kepekatan yang disukai. gaulkan.

4/ masukkan air. biarkan mendidih.

5/ masukkan ayam yang dah digoreng tadi. biarkan mendidih.

6/ masukkan tomato, daun limau purut dan cili. biarkan kuah memekat.

7/ agak kuah dah memekat ikut kita suka boleh la ditutup api. siap untuk dihidang.









love,
NHZ

Tuesday 21 October 2014

Mee Sup Simple dan Sedap

malam ni anak aku tidur awal dengan lena. jadi aku nak sambung ber-blogging. aku nak share resepi yang paling mudah sekali iaitu mee sup... disebabkan laki aku jenis kerja selalu outstation, jadi selalu pun tinggal aku berdua je dengan anak kan. so kadang-kadang aku macam malas nak masak over over lepas tu kalau boleh nak masak yang combo which is yang mana aku makan anak aku pun boleh join sekali. apa lagi sup la kan.

memang mudah, ringkas dan sedap. ikutkan resepi asal takde kentang, tapi sengaja aku letak kentang dalam sup ni supaya anak aku boleh makan sekali. so ikut la diri sendiri nak letak ke taknak ikut suka ok.




Resepi Mee Sup

Bahan-bahan untuk sup:

* bawang putih
* bawang merah
* halia
* isi ayam
* buah pelaga
* bunga lawang
* kulit kayu manis
* 2 gelas besar air
* sedikit minyak
* kentang (optional)
* karot (optional)
* garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk direbus:

* sawi
* tauge
* mee kuning


Bahan-bahan sampingan:

* cili merah (potong serong)
 * serbuk lada hitam


Cara-cara:

1/ tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga lumat.

2/ panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dah ditumbuk tadi. masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. kacau sekejap. tak perlu sampai hangit.

3/ masukkan air dan biarkan seketika.

4/ masukkan isi ayam dan kentang. biarkan sehingga mendidih.

5/masukkan karot dan biarkan hingga mendidih.

6/ agak isi ayam dan kentang dah empuk, masukkan garam secukup rasa. boleh ditutup api.






sedia dan siap untuk di makan. so agak masa nak makan tu dah siap letak mee dalam sup semua boleh la taburkan dengan sawi dan taugeh yang dah direbus tadi. lepas tu nak letak cili kicap pun ikut suka. untuk resepi cili kicap versi aku boleh klik sini. lepas tu kalau nak extra panas yang membahang nak topap kepedasan cili kicap tu boleh la letakkan sekali lada hitam atas mee sup tu.

wow wow wow. memang senang dan sedap lah!



with love,
NHZ


Resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mertua

kat kawasan rumah aku ni dari tadi berdentum dentam. yelah deepavali kan. nasik baik anak aku tidur dengan lena. senang aku nak ber-blogging ni. tadi pun aku pergi giant habis penuh parking. aku pun tak expect orang dah start cuti hari ni. padahal kelmarin tu dah pergi giant tapi bila kat rumah aku check pampers anak aku dah nak habis. tu yang tadi beli jugak la. tapi biasa la aku.... konon kata beli pampers. jarang sangat aku keluar dari giant tu dengan pegang pampers je. mesti akan ada beli benda lain jugak. kan kan. kan aku dah kata aku tak boleh percaya pada diri aku ni. uhuks.

malam ni aku nak share resepi sambal ikan bilis. resepi ni aku dapat dari mak mertua aku. mil aku tu kalau buat sambal ikan bilis memang best la... tip top la.. dengan pedasnya. weyh weyh serius aku tak tipu. masa aku mengandung dulu pun aku pernah mengidam nak makan sambal ikan bilis dia ok. alhamdulillah mil aku buatkan. baik mil aku tu. lepas tu aku tak puas hati aku tanya sendiri mil aku resepi dia dalam menghasilkan sambal ikan bilis tersedap. so dia pun share la resepi ni. memang kalau everytime dia buat nasik lemak memang aku takkan miss makan walaupun sebelum tu aku dah melantak sampai perut kekenyangan pun aku tetap akan makan nasik lemak mil aku masak sebab sambal ikan bilis dia tu yang ya Allah sedapnya. best ok.

menurut mil aku tipsnya untuk menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap adalah cili kisar tu mesti banyak. tapi memang betul pun, aku pernah tengok dia masak sambal ikan bilis ni. memang banyak betul cili kisar dia letak. lepas tu dia tumiskan cili kisar tu sampai betul betul garing. baru la mil aku tu letak air. memang kena tumis cili tu sampai betul betul betul betul garing punya. kan aku dah redundant.




Resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mertua

Bahan-bahan untuk di blend:

* cili kering (lagi banyak lagi sedap)
* bawang putih
* bawang merah
* belacan
* sedikit air


Bahan-bahan kasar;

* ikan bilis (ikut suka nak banyak mana)
* air asam jawa
* bawang besar (potong gelang)
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* minyak
* sedikit air


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan cili yang dah dikisar tadi. tumiskan sehingga cili betul betul garing dan pecah minyak.

2/ masukkan sedikit air. biarkan kuah memekat.

3/ masukkan air asam jawa. kacau hingga mendidih.

4/ masukkan ikan bilis. kacau.

5/ masukkan bawang besar, gula dan garam secukup rasa.

6/ agak kuah dah memekat kemerah-merahan boleh la tutup api dan hidangkan.




ni breakfast aku hari tu. laki aku pun puji sedap sambal ikan bilis tu. dia cakap macam mak dia punya sambal. kuikui. aku cakap la memang ye pun sebab ni tanya tanya mak macam mana nak buat.

ngeh ngeh ngeh.

ayam tu aku buat goreng serai... sebab anak aku sangat suka makan ayam. so aku pelbagaikan. kejap sup, kejap aku buat goreng berempah, kadang aku buat goreng serai. asalkan anak aku mahu makan. dia taknak makan dan susah poo poo tu aku risau. uhuks

untuk resepi nasik lemak nanti aku share kat entry lain okie dokie wokie.




with love,
NHZ







Resepi Ayam Goreng Kunyit Simply the Best

Assalamua'laikum wbt.

dua hari ni aku penat sangat, babygirl pun sama kepenatan. dah dua hari berturut aku keluar settle kan sikit hal berkaitan dengan bank. kesian kat babygirl la, sebab sekarang cuaca tak menentu demam. dah dua hari jugak balik rumah kena tempias hujan. sampai je rumah terus aku masak air campurkan dalam baldi kat bilik buat air panas-panas suam mandikan basah kepala Arissa. maklum la rumah aku ni takde heater lagi. so kena la manual. uhuks. risau aku kalau dia demam. alhamdulillah anakku sihat walafiat.

urusan dengan bank tak settle lagi. esok kena keluar lagi. harapnya tak jem la sebab esok cuti Deepavali. aku tak balik perak sebab laki aku kata esok dia balik kl. lagipun dengan keadaan kaki aku yang baru nak ansur-ansur pulih dari bengkak ni buat aku malas nak drive jauh-jauh walaupun pakai kereta auto. buat masa ni aku boleh drive dekat dekat je la.

tadi pun aku tak masak sebab aku tahu sampai rumah mesti aku bakal kelaparan dan kepenatan. kalau aku lapar takpe lagi, tapi aku kesian kalau anak aku berlapar. so tadi kat giant aku dah siap tapau nasi ayam kat uncle jack. sedap woh ayam dia, pedas-pedas garing. nasik dia pun sedap. tak la pulak sempat aku nak snap gambar sebab masuk je rumah terus aku kelam kabut mandikan anak aku. takpe next time aku beli lagi nasik kat uncle jack tu aku ambik gambar.

memandangkan malam ni babygirl tidur awal. so aku pun ambik kesempatan ni untuk blogging. aku nak share resepi ayam goreng kunyit. resepi ni aku dapat dari bonda hanis zalikha, auntie Nani Rostam. sedap resepi dia. pandai auntie nani ni masak-masak. aku suka la resepi ayam goreng kunyit ni. lagi-lagi bila aku macam takde idea nak masak apa. memang ini la pilihan aku kalau nak masak yang simple dan sedap.

tapi macam biasa, mana ada resepi yang aku taat bulat bulat kan. hahaha. resepi ni pun aku ada tambah tolak sikit sebab ada bahan-bahan dia yang aku takde. so aku adjust dengan apa yang aku ada kat rumah je.




Resepi Ayam Goreng Kunyit Best

Bahan-bahan:

* isi ayam
* sedikit serbuk kunyit
* sos ikan
* sedikit garam
* 3 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)
* 1 biji bawang Holland (potong gelang)
* 5 batang kacang panjang (potong ikut suka)
* 1 biji cili merah (potong serong)
* 2 batang serai (tumbuk kasar)
* bunga kobis
* cili padi
* sedikit minyak


Cara-cara:

1/ gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian, perapkan isi ayam tu dengan sos ikan. biarkan dalam setengah jam. gorengkan dan asingkan.

2/ panaskan minyak.tumiskan bawang putih yang dah ditumbuk tadi. masukkan bawang holland, cili padi dan serai. kacau hingga naik bau.

3/ masukkan pula kacang panjang dan bunga kobis. gaulkan. tapi jangan sampai kacang panjang tu overcooked. sebaiknya kacang panjang tu dibiarkan separuh masak, so nanti bila makan rasa macam garing je.

4/ masukkan isi ayam yang dah digoreng tadi. gaulkan sebati.

5/ tutup api dan boleh dihidangkan. 




sedap dimakan dengan nasik panas dan ayam tu cicah dengan sos cili. pergh memang sedap dimakan begitu sahaja kot. nasik tu gaul pulak dengan kicap. pergh pergh pergh! lepas tu pulak buat telur dadar. ok ni semua febret laki aku.

ngeh ngeh ngeh.



with love,
NHZ




Saturday 18 October 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Kebaboom

beberapa hari lepas tak dapat update blog sebab busy sikit ke sana ke mari tengok rumah sewa. tapi lepas bincang dengan suami, kitorang pun dah sepakat buat pertimbangan sewajarnya.. kami tak jadi nak sewa rumah baru. takpe la, buat masa sekarang kami tinggal di rumah ni lagi. mana tahu ada rezeki lebih baik akan datang Tuhan bagi rezeki terus kami dapat beli rumah sendiri kan. amin.

so hari tu aku masak  ayam masak lemak cili padi sebab dah lama sangat tak makan. resepi ni aku dapat dari mana pun aku tak ingat. tapi menurut resepi ni masak lemak cili padi ni style orang Negeri Sembilan punya resepi.

aku pun tak sure la.. sebab aku tak pernah makan lagi masak lemak cili padi air tangan orang negeri kan. tapi yang aku tahu orang negeri suka makan pedas-pedas ye dak. tapi resepi masak lemak cili padi ni memang sangat sedap mabeles. pedasnya. berlemaknya. wah wah wah.

menurut resepi tu lagi masak lemak cili api style orang nogori ni memang takde guna bawang merah. hanya gunakan bawang putih dan bawang besar. tapi memang kesedapan yang maksima la.






Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Orang Nogori


Bahan untuk di blend:

* 12-15 biji cili padi/ cili api
* 2-3 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* halia
* sedikit serbuk kunyit/ kunyit hidup

Bahan-bahan kasar:

* ayam dipotong kecil
* daun kunyit (optional)
* 2 batang serai (diketuk)
* garam secukup rasa
* 1 cawan santan
* 1 cawan air
* 2 biji tomato (belah 4)
* kentang 
* minyak


Cara-cara:

1/ tumiskan bahan yang di blend tadi. masukkan serai dan daun kunyit. kacau dengan api kecil. biarkan hingga pecah minyak.

2/ setelah pecah minyak, masukkan ayam. gaulkan.

3/ masukkan air. biarkan menggelegak.

4/ masukkan santan. kacau selalu supaya tidak berbuku.

5/ masukkan kentang. biarkan sehingga kentang empuk dan kuah sebati dengan ayam.

6/ masukkan tomato dan garam secukup rasa. gaulkan.

7/ tutup api dan hidangkan.






dinner kami malam tu ayam masak lemak cili padi, ayam goreng, tempe goreng dengan timun di cicah dengan sambal belacan. alhamdulillah. simple pun tapi memang yummeh. anak aku pun memang suka makan ayam goreng. si ayah pulak suka tempe goreng. si ibu pulak bedal je.

kihkih.


good night! jangan lupa baca 3 qul dan ayat kursi. assalam.


with love,
NHZ






Kari Kepala Ikan Merah Style Mamak

Assalamua'laikum wbt

Beberapa hari ni aku tak dapat update blog sebab busy sikit. baru nak update, anak dah mintak layan. lagipun aku sendiri rasa tak selesa nak blogging masa dia berjaga kecuali la laki aku ada dan laki aku tu free takde buat apa baru aku mintak dia layan si kecik tu.

kelmarin aku ada pergi Giant dan aku beli ikan merah. tiba tiba aku rasa macam so wow la kan kat ikan merah lepas aku makan ikan merah kat rumah mak mertua aku. dia buat ikan merah masak kukus. pergh memang sedap melampau la kan dengan isi yang manis tu. wow wow.

so aku pun google la resepi masak apa yang sedap dengan ikan merah ni. banyak aku jumpa buat sup ikan merah. aku taknak sup sebab aku hari sebelum tu aku dah buat sup ayam makan dengan kueytiaw. aku jumpa resepi ikan merah masak kari style mamak punya tak guna santan. so tu la the best thing pasal resepi ni sebab no santan needed. hoyeah!



first time aku buat kari tanpa santan. boleh tahan sedap jugak. disebabkan hari tu aku dah masak kari mamak so aku pun masak sekali kobis goreng style mamak jugak. hubby boo aku balik dari solat jumaat tengok hidangan atas meja dia cakap "hari ni kita makan mamak ke apa?"

kihkih.

resepi ni aku dari dapat dari tiffinbiru . tapi aku dah godek godek sikit la.. sebab che mat guna tomato ceri aku pakai tomato besar. janji tomato ye dak? kihkih. lepas tu ikan pun aku tukar. che mat guna ikan tuna. aku guna ikan merah. apa pun ikut kreativiti kita jugak masa memasak ni. yang penting masak dengan rasa cinta kan.

aku ada jugak google ada sesetengah tips cakap kalau nak masak kari yang sedap perlukan minyak yang banyak masa menumis. aku rasa betul kot.. sebab opah aku masak kari pergh memang sedap paling sedap di dunia selain dari kari mak aku la kan. opah aku kalau buat kari mak aih aku rasa macam makan minyak je. tapi memang sedap la.. dengan pekatnya. pergh. kalau arwah tok aku buat pun sama. semua masakan arwah tok aku memang sedap sebab arwah tok dengan opah aku dorang ni dulu masa muda kerja kontraktor tukang masak.

tapi ni pilihan masing masing okey. nak letak minyak banyak boleh, nak letak sikit pun takpe. kita masing masing tahu apa yang terbaik untuk` keluarga kita kan





Resepi Kari Kepala Ikan Merah Style Mamak

Bahan-bahan:

* seekor ikan merah yang telah dibersihkan
* sebiji tomato (belah 6)
* 10 batang bendi
* 1 sudu besar asam jawa bancuh dalam segelas air
* 1 sudu besar cili kisar
* sebiji cili merah (belah 2 tapi jangan putus di hujungnya)
* sebiji cili hijau ( belah 2 tapi jangan putus di hujungnya) 
* 2 setengah sudu besar rempah kari ikan yang dibancuh dengan air untuk dijadikan pes (aku guna rempah kari Baba's)
* air secukupnya
* garam secukup rasa

Bahan untuk ditumis:

* 5 biji bawang merah (dihiris)
* 4 biji bawang putih (dihiris)
* sedikit halba
* sedikit biji sawi
* sedikit jintan putih
* halia (dihiris
* daun kari (optional tapi aku takde letak)
* 5 sudu besar minyak


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. tumiskan bahan-bahan untuk ditumis hingga layu.

2/ masukkan cili kisar. kacau hingga garing.

3/ masukkan rempah kari yang dah dibancuh air tadi. kacau menggunakan api kecil sehingga garing. pastikan betul betul garing dan sentiasa dikacau.

4/ masukkan air asam jawa dan air putih. gaulkan hingga mendidih.

5/ masukkan ikan merah, bendi dan tomato. biarkan sehingga kuah memekat mengikut kepekatan yang kita suka. jangan kacau selalu, nanti ikan hancur. macam aku, aku suka kalau kuah kari tu pekat macam nampak minyak minyak gitu.

6/ masukkan cili merah dan cili hijau. masukkan garam secukup rasa.

7/ agak kuah kari tu dah memekat boleh la ditutup api. sedia untuk dihidang.





spesel sikit ada petai requested by hubby boo sejak dia balik dari johor lagi. berselera dia makan ha dengan ada petai. bertambah tambah. aku pun sama. feberet kot petai ni. bilik air pun apa lagi ber-parfume la kan.

kuikui

sedap woh kari ikan style mamak ni. aku suka la. definitely will do it again. the next day aku siap panaskan kuah kari tu makan dengan roti. plan nak buat cicah roti jala, rumah aku takde acuan roti jala tu. tapi memang sedap la. ada orang kata kalau kari yang dah masak semalaman tu lagi sedap. aku rasa betul kot... sebab aku rasa sedap je kuah kari tu makan dengan roti gardenia pun.




next entry aku share resepi kobis goreng mamak pulak.

sekarang ni anak aku tengah busy mengendeng nak nyam. nyam tu according to her dictionary means nak nenen la tu. saja je budak ni kan. ayah dia taknak layan dia la tu. tu yang dia boring cari aku nak nyam tu.

ok la bye.



with love,
NHZ




Monday 13 October 2014

Dinner Spagetti Aglio Olio Lagi

malam tadi aku dinner aku masak spagetti aglio olio. masak simple simple sebab pagi tu aku dah masak nasik lemak. makan untuk pagi dan tengahari. ha senang kerja aku. lagipun sotong aku beli aritu ada belen lagi lepas masak sotong sambal tumis. check kat kabinet spagetti pun ada lagi.

ok sap sap. aku pun buat la spagetti aglio olio. aku tak suka makan aglio olio kat luar. bukan sebab tak sedap. tapi sebab tak menepati citarasa aku. lagipun kalau makan kat kedai, seafood diorang letak sikitnya alahai. kalau aku buat sendiri aku boleh letak berkilo kilo seafood udang ke sotong ke kepah ke seafood apa apa je la. tapi kebetulan rumah aku ada sotong je. ok jadi la dari takde kan.








untuk resepi spagetti aglio olio korang boleh klik sini. so ni jela dinner aku malam tadi. mujur laki aku jenis tak pilih makan. lagipun dia memang suka aglio olio. alhamdulillah.




with love,
NHZ



Thursday 9 October 2014

Lala Goreng Pedas Power

semalam aku masak tengahari lala yang aku beli kat pasar besar ttdi. aku masak lala goreng pedas, ikan pelaling goreng dengan sawi tumis je. alhamdulillah. kami satu keluarga makan banyak semalam termasuk yang kecik tu makan lala je semata mata.




untuk yang baru pertama kali baru masak lala atau dah banyak kali masak lala tapi tak confirm lala tu dah masak ke belum, kalau kulit atau cengkerang dia dah banyak yang terbukak tu maknanya dah masak la tu.

seeloknya lepas beli lala tu terus la masak. tak payah masuk dalam peti ais ke apa. bukan apa makanan laut ni kalau biar lama nanti dia jadi beracun. so lepas je beli je lala ni terus rendam dalam air biar pasir dia hilang. lepas tu boleh la masak.

lala ni isi dia manis. sedap sedap gitu. lagi lagi kalau buat goreng pedas ya Allah ya Tuhanku. memang sangat sedap ok. letak pulak serai bagi dia naik bau. fuh fuh. memang nyummeh.








Resepi Lala Goreng Pedas

Bahan-bahan untuk di blend;

* 6 biji cili merah
* 6 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* sedikit air

Bahan-bahan kasar:

* 1kg lala
* minyak menumis
* sedikit air
* 2 batang serai (ditumbuk kasar)
* bawang besar (potong gelang)
* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/  panaskan minyak. masukkan bahan yang di blend tadi. tumis hingga garing dan pecah minyak.

2/ masukkan serai. kacau.

3/ masukkan lala dan bawang besar. kacau rata.

4/ masukkan sedikit air. kacau lala dalam 15- 20 minit sehingga air mengering dan kulit lala terbuka.

5/ masukkan garam secukup rasa. kacau dan tutup api. hidangkan.






with love,
NHZ



Lawatan ke Pasar Besar TTDI

Assalamua'laikum wbt.

pagi tadi alhamdulillah aku berjaya jugak mendapatkan lala di pasar besar ttdi. muahahaha. semangatkan aku dengan hubby boo. bangun pagi pagi, mandikan Arissa, siap siap semua terus gerak pergi pasar besar. tapi sangkut kat LDP sebab orang semua pusu pusu nak pergi kerja kan masa tu.

sampai je pasar besar ttdi tu terus teruja aku. wow wow wow banyaknya ikan ikan segar, ketam bunga, udang harimau, udang kulit keras tu pun ada. paling penting duit je ada semua boleh beli. lepas tu sayuran semua pun segar segar je.

ye aku agak jakun sebab aku jarang pergi pasar. tapi pasar ttdi ni best sebab takde bau hanyir atau beronyeh lantai tu. bersih sangat. aku pernah tengok masa tu resepi memikat suami edisi rozita che wan dengan jihan pergi pasar besar ttdi. memang puas hati la.

sampai sampai je terus nampak lala terus aku beli dan bayar. kebetulan lala tu tak banyak. tinggal banyak tu je. so bila aku mintak uncle tu sekilo dia cakap kasi habis la sebab tak banyak pun. sekilo RM 13 tapi sebab tadi dia kasi habis semua lala tu dia bagi aku RM 15. so aku pun ok je la sebab aku dah lama mencari kot lala ni.




aku pun beli sotong sekali sebab aku teruja tengok sotong dia merah merah kesegaran gitu. lepas tu size sotong dia pergh fullamak size xxl. tapi aku tak la beli sotong size besar besar sebab mama aku cakap sotong besar ni liat kalau nak makan. uncle tu bagi, aku cakap bagi yang size sederhana je. aku pun ambil la dalam 8 ekor sotong. yela ambik banyak banyak pun buat apa. yang makan kami laki bini berdua je. tu pun dia dah kira RM 14. sekilo sotong RM 18. ok la kan. sotong pun segar segar lagi.

udang harimau besar tu pun ada. udang galah pun ada. tapi memandangkan wang aku bawa tak banyak. maka lain kali la aku datang lagi aku nak beli udang galah pulak. sedap pulak bila teringat udang galah tu buat masak lemak dengan lobak putih mak mertua aku ajar. phew memang kasi drool je kan. kihkih.

lepas tu laki aku tanya sayur mayur taknak beli ke. betul jugak. dah alang alang aku kat pasar besar kan. aku pun beli la cili dengan bendi. mana tahu tiba sampai mood malas aku nak masak boleh aku rebus je bendi tu buat ulam kan. cili dengan bendi tu RM 3.70. ok la  lepas tu aku beli siew pak choy jugak. laki aku kata dia teringin nak makan siew pak choy buat masak sos tiram tu. siew pak choy RM 2 untuk 5 sikat. ok la.

walaupun kalau pergi tesco boleh dapat lebih murah, tapi sebab aku dah sampai kat pasar tu aku rembat je la kan. lagipun takkan aku nak pergi tesco semata mata nak beli bendi dengan cili kan. tak memasal pulak aku ni.

last sekali sebelum aku balik tu aku beli soya. aku tengok macam menarik je. aku beli air soya dengan dua taufu fa sekali. soya tu RM 2. taufu fa pulak RM 2.10 satu bekas. so total tadi RM 6.2.





hurm kat pasar je aku dah berabeh dekat RM 50. tapi syok woh pergi pasar. rasa macam dunia kita yang punya. rasa tengok itu tengok ikan ni rasa terus macam pop the idea nak masak apa.

jadi hari ni kami sekeluarga lunch lala. yang kecik tu pun makan lala. aku suap suap banyak jugak dia makan. dia sebut lahlah. comel betul. saja aku ajar dia makan seafood. so nanti dia besar takde la dia pilih makanan. dia kan protege aku.. tolak batu besi zink je.

muwahahahah

next entry aku tunjuk pulak hidangan aku masak hari ni. hari ni masak lala goreng pedas. seronok nak masak sedap sedap sebab cik abang ada kat rumah. dia pulak makan banyak. lagi la aku seronok nak masak.


good night!



with love,
NHZ




Wednesday 8 October 2014

Tenggiri Balado Balada

Assalamua'laikum wbt.

malam ni aku dinner masak tenggiri balado dengan ikan pelaling/kembung goreng je. sayur rumah aku pun dah habis. tadi kobis tinggal sikit aku campur buat nasik goreng untuk breakfast. nasib la ada tomato, jadi malam ni sayuran rumah aku berulamankan tomato la. 




aku tengok ig penyanyi juliza adzlizan tu pergh sambal balado dia semua buat aku jadi drool je. so aku pun pergi la cari cari resepi macam mana nak buat balado ni style minang. tiba tiba la pulak kan aku nak me'minang'kan diri aku malam ni.

mueheheh.

alhamdulillah hasil resepi yang aku google dan sedikit tambahan ikut cara aku menjadi jugak balado aku. sebijik macam rasa yang aku nak dan rupa yang aku nak. memang nyummeh la. laki aku pun cakap masa aku tumis cili tu baunya wangi satu rumah.

resepi dia mudah sangat dan bahan pun mudah didapati. nak guna ikan selain dari tenggiri pun takpe. nak guna sotong, udang, ikan bilis dengan tempe pun boleh. semua ikut suka. semua kita boleh balado kan.





Resepi Ikan Tenggiri Balado

Bahan-bahan:

* 2 potong ikan tenggiri
* sedikit garam
* sedikit serbuk kunyit
* 6 biji limau nipis
* 6 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 8 biji cili merah
* 1 biji bawang besar (potong gelang)
* sedikit gula
* sedikit air
* 3sb minyak


Cara-cara;

1/ ikan tenggiri dilumurkan dengan garam dan sedikit kunyit. perahkan 2 ke 3 biji limau nipis ke atas ikan tenggiri. ratakan dan gorengkan. letak tepi.

2/ blend kan bawang merah, bawang putih dan cili merah.

3/ panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di blend tadi sampai garing. gunakan api kecik.

4/ setelah bahan yang ditumis tadi pecah minyak dan garing, masukkan sedikit air. kacau.

5/ masukkan garam sedikit. kacau sehingga kuah menjadi pekat.

6/ kalau tak suka pedas sangat boleh tambahkan gula sedikit.

7/ masukkan bawang besar yang dah dipotong gelang tadi.

7/ perahkan 2 biji limau nipis ke dalam kuali. kacau sehingga kuah menjadi pekat.

9/ masukkan ikan tenggiri ke dalam kuali dan gaulkan.

10/ tutup api dan hidangkan.






sedapnya alahai memang makan tambah tambah la kami laki bini walaupun sayuran kami hanya tomato je. tapi memang sangat sedap la masak balado ni. next time aku nak buat keli balado pulak. orang minang kata lele balado. wow wow wow.




with love,
NHZ

Tuesday 7 October 2014

Resepi Udang Masak Kicap Mama

kali ni aku nak share resepi masakan udang. biasa mama mesti masakkan udang ni sambal tumis atau masak kicap. tapi entry kali ni aku nak share resepi udang masak kicap. next entry aku share resepi udang sambal tumis.

awal-awal kahwin dulu masa aku masih kekok dengan senduk dan sume peralatan dapur semua, biasanya ini la masakan aku akan buat sebab mudah dan cepat. bahan pun senang nak dapat. paling penting sedap.

aku pernah masakkan untuk mak mertua aku masa dia datang rumah dan dia makan bertambah tambah. dia takde la cakap sedap tapi bila dia tambah makan tu aku pun faham faham sendiri la kan, maksudnya dia suka la kot.

Arissa pun suka makan udang masak kicap ni. sekarang ni aku mula ajar dia jinak jinak makan seafood. banyak jugak dia makan.

untuk kobis rebus dan ikan goreng tu aku rasa tak payah bagi resepi kot. tahu kan nak masak macam mana. kuikui.




Resepi Udang Masak Kicap

Bahan-bahan:

* udang
* minyak menggoreng udang dan menumis
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* halia ( dihiris)
* kicap
* air asam jawa
* air sedikit
* garam secukup rasa
* cili (potong serong)


Cara-cara:

1/ panaskan minyak dan goreng udang separuh masak. angkat.

2/ panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

3/ masukkan sedikit air dan asam jawa. kacau sehingga kuah jadi pekat.

4/ masukkan udang. tabur garam secukup rasa.

5/ masukkan cili. kacau seketika.

6/ tutup api dan hidangkan.




with love,
NHZ


Teh Wangi

aku nak share resepi simple iaitu teh wangi. biasa kita buat teh masuk uncang atau serbuk teh kan, lepas tu  letak gula secukup rasa dan air panas kan. kali ni aku nak bagi tambahan sikit bagi menaikkan aroma teh ni. resepi ni aku dapat dari kakak sedara aku kat melaka masa beraya rumah dia.

sedap teh tu, wangi. jenuh aku tanya laki aku ni teh apa. nak kata teh epal bukan, teh laici pun bukan. lepas tu aku tanya husband kakak sedara aku. dia pun beritahu la rahsia kewangian aroma teh tu.

teh masih seperti teh biasa cuma teh ni aroma dia lebih wangi bila dihirup.

fuh.

minum petang petang tu masa tengah hujan dengan hirup teh ni dengan aroma yang sungguh wangi memang pergh pergh.




Resepi Teh Wangi

Bahan-bahan:

* 1 uncang teh/serbuk teh
* gula secukup rasa
* air panas
* 2 ke 3biji buah pelaga


Cara-cara:

1/ masukkan air panas ke dalam jag. masukkan uncang teh dan gula secukup rasa. kacau gula rata.

2/ masukkan buah pelaga ke dalam teh. biarkan seketika dalam 2 minit. keluarkan buah pelaga tersebut.

3/ sedia untuk dihidang dengan cekodok pun sedap.






kadang kadang bila agak boring dengan teh biasa tu aku buat jugak teh ni, saja saja letak buah pelaga. fefeeling sikit. sesekali saja tukar angin kan.

mueheheheh.

hm wanginya. suka bau dia. lagipun memang buah pelaga tu function dia bagi wangi dalam masakan kan.



with love,
NHZ

Lunch Ayam Black Pepper

Assalamua'laikum wbt.

petang ni aku boleh berblogging sebab babygirl tengah tidur. tadi ayah dia bawa pergi playland kat giant tu main.main. balik je mata kuyu sangat. kesian aku tengok. penat sangat main tadi kot. aku tukarkan pampers, bagi dia menyusu lepas tu tak lama tidur la dia. aku tengok dia lena. hm seronok main tadi gamaknya.

sementara ayah bawa babygirl tadi pergi main. aku sempat la kemas rumah, sapu rumah, cuci tingkap, mop rumah, lipat kain dengan cuci bilik air tadi. memang macam lipas kudung tadi aku buat kerja dengan sepantas yang boleh. aku pesan kat laki aku bawa pergi main lama sikit, senang aku nak buat kerja rumah. kuikui.

tadi tengahari aku masak ayam black pepper memandangkan semalam aku dah borong 2ekor ayam kat giant. so banyak sangat aku pun buat ayam black pepper. sengaja aku beli sampai 2ekor, mana tahu tiba tiba sampai seru nanti aku nak buat nasik ayam esok lusa kan. aku malas nak keluar pergi beli banyak-banyak kali.

aku ada jugak cari lala, takde pun. ni dah nak 3minggu aku mencari lala. tapi masih takde pun. huish kempunan aku. nasib la aku bukan mengidam kalau tak kesian baby dalam perut aku. cuma aku je memang mengada nak makan lala sekarang. aku dah siap bagitahu laki aku esok bangun awal kita pergi pasar borong selayang cari lala. ha semangatkan aku.

sekarang aku nak share resepi ayam black pepper aku masak untuk tengahari tadi. aku masak ayam black pepper, kobis rebus dengan telur dadar. alhamdulillah. laki aku makan bertambah. suka aku tengok. lagi berkobar kobar aku nak masak sedap sedap untuk suami tersayang.

hee hee.





Resepi Ayam Black Pepper

Bahan-bahan;

* isi ayam
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* bawang besar (dihiris)
* halia (dihiris)
* karot (potong panjang)
* cili (potong serong)
* tomato (belah 6)
* 1sb tepung jagung dibancuh dalam segelas air
* 2sb kicap
* 3sb sos tiram
* 2sb lada hitam ditumbuk
* sedikit minyak

Cara-cara:

1/  panaskan minyak dalam kuali. masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar. kacau.

2/ masukkan isi ayam. kacau.

3/ masukkan air bancuhan tepung jagung, kicap dan sos tiram. kacau sehingga ayam masak.

4/ masukkan lada hitam, karot dan tomato. kacau sekejap.

5/ masukkan cili merah. kacau seketika dan tutup api.

6/ sedia untuk dihidang.







with love,
NHZ

Sunday 5 October 2014

Ikan Dory Kukus Serai Yummilicious

sebelum aku nak melelapkan mata ni, aku nak share resepi terakhir untuk malam ni. resepi yang sangat kerap aku buat bila aku rasa macam nak cepat atau sangat lapar dan taknak masak yang rumit rumit.

aku nak share resepi ikan dory kukus serai. aku sangat suka makan makanan berkukus ni. an alternative to eat healthy. biasa bila aku buat kukus ni aku akan letak halia yang dalam kuantiti sangat banyak dan cili padi yang aku potong halus halus sangat dengan kuantiti sangat banyak jugak. sedap wooooh.

selain dari kukus serai, aku jugak suka ikan kukus lemon. weyh sedap ah. serius tak tipu. bagi yang suka makan masam masam macam aku ni kalau buat ikan siakap kukus lemon tu memang sedap yang amat la. laki aku pun suka. siap dia perah perah lagi lemon tu dalam pinggan walaupun ikan tu kuah dia dah cukup masam dah.

tapi kat entry lain nanti aku share resepi ikan kukus lemon. sekarang aku nak share resepi ikan kukus serai. kali ni aku guna ikan dory, sebab nak habiskan stok dory dalam peti ais tu. biasa aku buat guna ikan siakap takpun bawal. dua dua pun sedap jugak.



Resepi Ikan Dory Kukus Serai

Bahan-bahan:

* ikan dory
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* cili padi
* serai
* air
* garam secukup rasa
* sos ikan
* cili merah (potong serong)

Cara-cara:

1/ lumurkan ikan dory dengan garam dan sos ikan. biarkan selama setengah jam.

2/ selepas setengah jam, masukkan ikan dory yang dah dilumur ke dalam bekas.

3/ masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serai ke dalam bekas yang diisi ikan dory tadi.

4/ masukkan air sedikit. tak perlu banyak. ikan tak perlu tenggelam.

5/ masukkan dalam pengukus dan kukuskan sampai ikan masak. nak tahu ikan masak rasa bila isi ikan dah keras maksudnya ikan dah masak la. selalu ikan dory ni tak perlukan masa lama untuk masak. dalam 15minit ke 30minit je.

6/ agak dah nak masak tu masukkan garam secukup rasa dan cili merah.

7/ siap untuk dihidangkan.





itu tangan laki aku. sebelum dia makan aku cakap kat dia bang tunggu bang. ambik gambar dulu. kuikui. laki aku biasa makan kalau berkukus ni walaupun ada banyak cili padi aku letak dalam tu dia nak jugak ada cili kicap. dia suka extra yang mengundang kepedasan. takpe la, janji laki aku suka makan apa aku masak.

alhamdulillah aku dapat hubby boo yang tak cerewet makan. apa je aku masak dia makan.

untuk resepi cili kicap, senang je cili kicap aku ni. tak payah pening pening nak guna blender ke apa. aku buat yang ringkas, pantas dan pedas.



Resepi Cili Kicap

Bahan-bahan:

* cili padi
* kicap
* limau nipis

Cara-cara:

1/ potong cili padi halus-halus. masukkan kicap dan perahkan limau nipis dalam tu. paling sedap guna kicap manis.

2/ siap. ok boleh makan.




with love,
NHZ

Resepi Cempedak Goreng Rangup Ngap

Assalamua'laikum wbt.

di kala aku tengah menaip ni anak aku ada kat tepi aku tengah bersandar ni. ni dah pukul 12.19am. anak aku ni taknak tidur ke. jenuh tadi aku perap dia tutup lampu bagi bergelap supaya dia tidur. tapi hm tak tidurnya. masukkan dalam buaian dia cakap nak mamam pulak.

aku pun bawa anak aku keluar untuk suap dia makan. sambil tu aku sengaja pasangkan citer ice age. tengah aku menaip ni bapak dia ada kat sini boleh la layan si arissa ni sambil ibu boleh blogging kejap. arissa ni sekarang kerap betul tidur lambat. semalam pun lambat. semalam aku boleh terima mungkin dia excited ayah dia balik. asek dok melompat lompat atas tilam. sampai la aku laki bini buat tak layan dia baru dia tidur sendiri. takkan setiap malam nak macam ni. haru aku. uhuks

wahai anak, tidur la sayang. tidur la manja intan payung. mata dia masih bulat lagi ni. sabau je la aku. ni aku sedang menaip dalam dunia kegelapan lagi. cuma diterangi lampu bilik tidur dan screen netbook ni je.. dengan harapan bila bergelap ni anak aku akan mengantuk. besarkan harapan aku. kuikui.

ok aku nak share resepi cempedak goreng. siapa tak suka cempedak goreng kan.. dengan isi yang manis tuh woi woi woi. memang kalau buat makan petang tak pandang dah kiri kanan dah tu. lagi lagi dengan kopi panas. memang the best in the world la!




Resepi Cempedak Goreng di Luar Pagar Ambil Galah Tolong Jolokkan

Bahan-bahan:

* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* sedikit serbuk kunyit
* garam secukup rasa
* air
* minyak untuk menggoreng
* cempedak untuk digoreng


Cara-cara:

1/ campurkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali cempedak diakhiri dengan air. air taknak terlalu banyak. taknak bancuhan tepung terlalu cair dan terlalu pekat. yang sedang-sedang saja.

2/ masukkan cempedak. gaulkan sebati.

3/ panaskan minyak. 

4/ setelah minyak panas, masukkan cempedak perlahan-lahan. guna api kecik.

5/ agak dah kekuningan, boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.



with love,
NHZ

Air Mangga Sedap

entry kali ni aku nak share resepi air mangga. yummy yummy. siapa tak suka mangga kan? lagi lagi mangga yang dah masak kuning tu. manisnya ya Allah so yums. biasa kalau kami laki bini teringin nak minum air buah biasa kitorang pergi kat air gelas buah besar kat selayang tu. selalu kitorang order jumbo size untuk kita sorang satu. wahahahah.

tapi kali ni ada mangga so tak payah la beli. buat sendiri pun senang. aku beli kat bandar baru sungai buloh. kebetulan Arissa sekarang buat perangai susah poo poo lagi. kesian dia. harapnya makan buah mangga ni senang la dia poo poo lepas ni.

tengok rupa yang kuning menawan tertawan dengan diterangi pancaran lampu tu pun dah macam wow wow wow kan.

muahahahaha.



Resepi Air Mangga Sedap

Bahan-bahan;

* buah mangga yang dipotong kecil kecil
* air
* gula secukup rasa

Cara-cara:

1/ campurkan semua dalam blender. hidangkan dengan ais batu.




 * wah wah wah tengok warna yang kekuningannya itu. oh memang sangat sedap ok. *




with love,
NHZ