CLICK ME

Monday 17 November 2014

Udang Sambal Tumis Petai

Assalamua'laikum wbt.

hari ni dah 1hb november. cepat je dah masuk november kan. dah maal hijrah pun. aku nak ucapkan salam maal hijrah pada yang baca blog ni la. semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan, kebahagiaan dan keharmonian pada diri kita dan orang sekeliling. amin.

 di entry kali ni aku nak share resepi udang masak sambal tumis petai. wow wow. kalau untuk penggemar petai macam kami laki bini memang heaven la. sekilo udang tu memang tak cukup la. petai 3 papan pun memang sikit la. lepas tu bilik air pun wangi je. kihkih.

aku masak ni hari tu, tapi aku takde kesempatan nak share kat blog. selalu bila aku beli udang aku akan tumis sambal atau pun masak kicap. takpun aku buat cucur udang. yang lain tu aku tak terfikir la pulak nak masak udang tu camne.. kecuali udang galah aku akan buat masak lemak. campur pulak dengan karot putih. pergh. memang mengancam. ini resepi mak mertua aku. tapi itu nanti-nanti la aku share ok.

kebetulan petai yang ada dalam stok peti ais aku ada 3 papan je. aku pun malas nak pergi kedai beli petai lagi. penat aku naik turun lif kan. aku guna la bahan apa yang ada. udang pun ada lagi. so aku pun plan buat la udang masak sambal tumis petai. laki aku memang suka makan seafood ni. lagi lagi kalau ada petai tu ha ha ha memang lagi menarik perhatian la kan. anak aku pulak aku dah ajar dia makan pedas sikit-sikit. alhamdulillah. setakat pedas sikit dia dah boleh terima. tapi idak la pedas yang sesudu kuah sambal tu aku bagi kat dia. aku bagi dalam calit calit kat jari sikit je.

aku masak hidangan ni hari tu. kobis masak lemak, udang masak sambal tumis petai dan telur dadar. my daughter punya febret.





Resepi Udang Sambal Tumis Petai

Bahan-bahan yang di blend:

* cili kering
* bawang merah
* bawang putih
* sedikit belacan


Bahan-bahan kasar:

* udang
* air asam jawa
* garam secukup rasa
* sedikit gula
* air
* 1 biji bawang besar (potong gelang)
* minyak untuk menumis


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan bahan yang diblend tadi. tumis hingga pecah minyak dan cili menjadi garing. gunakan api kecil.

2/ bila cili dah garing, masukkan air asam jawa. kacau.

3/ masukkan sedikit air. kacau hingga menggelegak.

4/ masukkan garam secukup rasa.

5/ agak kuah dah memekat masukkan udang. udang tak perlu dimasak dengan lama sebab udang cepat masak. gaulkan.

6/ kalau terlalu pedas, masukkan sedikit gula. biarkan rasa sambal tumis tu balance.

7/ masukkan petai dan bawang besar. gaulkan.

8/ agak kepekatan kuah dah menepati citarasa sendiri boleh ditutup api.

9/ sedia untuk dihidang.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Friday 24 October 2014

Resepi Terung Goreng Bercili Yummo

di entry sebelum ni aku share resepi telur masak kurma. so sekarang aku nak share resepi terung goreng bercili. ini adalah first time aku masak terung ni. selalu aku buat terung campur dalam masak lemak atau asam pedas. tapi terung goreng bercili ni memang sedap sangat. lagi lagi dimakan dengan nasik panas-panas. 

pergh. pergh.




Resepi Terung Goreng Bercili

Bahan-bahan yang di blend:

* cili kering
* bawang merah
* bawang putih


Bahan-bahan kasar:

* 1 batang terung (potong kecik)
* segenggam ikan bilis
* bawang besar (potong gelang)
* cili merah (hiasan)
* sedikit air
* sedikit minyak
* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/ goreng ikan bilis terlebih dahulu. goreng garing. ketepikan.

2/ panaskan minyak dalam kuali. tumiskan bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.

3/ masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi, terung yang dah dipotong kecik dan bawang besar. gaulkan.

4/ masukkan sedikit air. biarkan mendidih. kacaukan.

5/ masukkan garam secukup rasa. gaulkan.

6/ masukkan cili merah sebagai hiasan.

7/ agak terung dah masak boleh tutup api. sedia untuk dihidang.





with love,
NHZ



Telur Masak Kurma

alhamdulillah malam ni hujan dah mula redha sikit. tadi hujan lebat dari petang. plan nak pergi lawat rumah mak mertua aku, tapi dengan cuaca hujan ni tak jadi la. lagipun malam ni malam maal hijrah. waktu asar nak baca doa akhir tahun dan waktu marghrib nak baca doa awal tahun.

alhamdulillah.

salam maal hijrah untuk yang membaca blog picisan ini. semoga tahun baru ini membawa lebih banyak berita gembira dan sinar kebahagiaan untuk kita semua dan orang sekeliling kita. amin.

semalam aku masak lunch telur masak kurma, terung goreng bercili dan ikan pelaling goreng. bila hubby boo ada ni, semangat aku membara untuk masak. kalau tak tu aku masak yang simple untuk aku dan anak aku makan. walaupun kadang-kadang aku tinggal berdua dengan anak aku sebab hubby boo selalu outstation, tapi memang aku jarang makan luar la. bukan apa... aku memang dah terbiasa untuk masak. lagi-lagi anak aku kecik lagi. biar la aku ajar dia makan air tangan ibu dia kan. kihkih. lagipun makanan yang dimasak kat rumah ni lebih berkhasiat compare dari makan di luar kan.




di entry ni aku nak share resepi telur masak kurma yang aku masak semalam. kebetulan aku pun dah lama tak makan kurma. alhamdulillah dalam peti ais ada lagi telur. anak aku pun suka makan telur. jadi aku buatkan kurma.



Resepi Telur Masak Kurma

Bahan-bahan:

* 5 biji telur yang dah direbus dikupas kulitnya.
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* halia (dihiris)
* bawang besar (belah 4)
* 1 batang kulit kayu manis
* 5 biji buah pelaga
* 5 biji bunga lawang
* 2 biji bunga cengkih
* 1 cawan santan
* 2 biji cili hijau (belah tengah)
* 2 biji kentang (belah 6)
* sedikit minyak
* 1 cawan air
* air asam jawa
* 4 sudu besar rempah kurma yang dibancuh dengan air untuk dijadikan pes
* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dah halia. masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. tumis sehingga naik bau.

2/ masukkan rempah kurma yang dah dicampurkan dengan air. kacau hingga pecah minyak.

3/ masukkan kentang dan gaul rata.

4/ masukkan air dan biarkan mendidih.

5/ masukkan santan dan kacau sentiasa supaya tidak berbuku. guna api kecik.

6/ masukkan air asam jawa dan kacau.

7/ masukkan telur dan bawang besar. kacau hingga mendidih dan kuah memekat.

8/ masukkan garam secukup rasa dan cili hijau.

9/ agak kuah dah memekat mengikut citarasa yang dikehendaki boleh tutup api dan hidangkan.





with love,
NHZ

Resepi Ayam Masak Kicap

assalamua'laikum wbt.

petang ni hujan lebat. aku hanya duduk kat rumah je. laki aku pun ada kat rumah. dia tengah cuti sekarang. so dia tengok cerita The Hobbit. aku macam tak layan sangat cerita cerita yang unsur magical ni. aku layan movie yang macam ala ala chick flick gitu.

mueheheh.

anak aku pun tengah tidur. mudah la aku untuk blogging petang ni. tadi aku masak ayam masak kicap untuk lunch. tiba tiba aku macam takde idea nak masak apa. buka peti ais tengok ada ayam, so ok la aku pun proceed la masak ayam. dah beberapa hari asyik makan balado dengan sambal tumis je kan.

sayur pulak aku habiskan sayuran yang ada dalam peti ais tu. takut nanti lama lama busuk membazir pulak. sayur hari tu belen buat tom yam ada lagi. so aku masak sayur campur je.




Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

* ayam (dipotong kecik-kecik)
* serbuk kunyit
* garam
* bawang merah (dihiris)
* bawang putih (dihiris)
* halia (dihiris)
* bawang besar (potong gelang)
* tomato (belah 6)
* cili merah (hiasan)
* 1 cawan air
* kicap
* sos tomato
* sos tiram
* sedikit minyak
* 6 helai daun limau purut (optional)


Cara-cara:

1/ lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. gorengkan separuh masak. tak perlu garing.

2/ panaskan minyak di kuali lain. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan.

3/ masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram, bergantung kepada kepekatan yang disukai. gaulkan.

4/ masukkan air. biarkan mendidih.

5/ masukkan ayam yang dah digoreng tadi. biarkan mendidih.

6/ masukkan tomato, daun limau purut dan cili. biarkan kuah memekat.

7/ agak kuah dah memekat ikut kita suka boleh la ditutup api. siap untuk dihidang.









love,
NHZ

Tuesday 21 October 2014

Mee Sup Simple dan Sedap

malam ni anak aku tidur awal dengan lena. jadi aku nak sambung ber-blogging. aku nak share resepi yang paling mudah sekali iaitu mee sup... disebabkan laki aku jenis kerja selalu outstation, jadi selalu pun tinggal aku berdua je dengan anak kan. so kadang-kadang aku macam malas nak masak over over lepas tu kalau boleh nak masak yang combo which is yang mana aku makan anak aku pun boleh join sekali. apa lagi sup la kan.

memang mudah, ringkas dan sedap. ikutkan resepi asal takde kentang, tapi sengaja aku letak kentang dalam sup ni supaya anak aku boleh makan sekali. so ikut la diri sendiri nak letak ke taknak ikut suka ok.




Resepi Mee Sup

Bahan-bahan untuk sup:

* bawang putih
* bawang merah
* halia
* isi ayam
* buah pelaga
* bunga lawang
* kulit kayu manis
* 2 gelas besar air
* sedikit minyak
* kentang (optional)
* karot (optional)
* garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk direbus:

* sawi
* tauge
* mee kuning


Bahan-bahan sampingan:

* cili merah (potong serong)
 * serbuk lada hitam


Cara-cara:

1/ tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga lumat.

2/ panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dah ditumbuk tadi. masukkan sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. kacau sekejap. tak perlu sampai hangit.

3/ masukkan air dan biarkan seketika.

4/ masukkan isi ayam dan kentang. biarkan sehingga mendidih.

5/masukkan karot dan biarkan hingga mendidih.

6/ agak isi ayam dan kentang dah empuk, masukkan garam secukup rasa. boleh ditutup api.






sedia dan siap untuk di makan. so agak masa nak makan tu dah siap letak mee dalam sup semua boleh la taburkan dengan sawi dan taugeh yang dah direbus tadi. lepas tu nak letak cili kicap pun ikut suka. untuk resepi cili kicap versi aku boleh klik sini. lepas tu kalau nak extra panas yang membahang nak topap kepedasan cili kicap tu boleh la letakkan sekali lada hitam atas mee sup tu.

wow wow wow. memang senang dan sedap lah!



with love,
NHZ


Resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mertua

kat kawasan rumah aku ni dari tadi berdentum dentam. yelah deepavali kan. nasik baik anak aku tidur dengan lena. senang aku nak ber-blogging ni. tadi pun aku pergi giant habis penuh parking. aku pun tak expect orang dah start cuti hari ni. padahal kelmarin tu dah pergi giant tapi bila kat rumah aku check pampers anak aku dah nak habis. tu yang tadi beli jugak la. tapi biasa la aku.... konon kata beli pampers. jarang sangat aku keluar dari giant tu dengan pegang pampers je. mesti akan ada beli benda lain jugak. kan kan. kan aku dah kata aku tak boleh percaya pada diri aku ni. uhuks.

malam ni aku nak share resepi sambal ikan bilis. resepi ni aku dapat dari mak mertua aku. mil aku tu kalau buat sambal ikan bilis memang best la... tip top la.. dengan pedasnya. weyh weyh serius aku tak tipu. masa aku mengandung dulu pun aku pernah mengidam nak makan sambal ikan bilis dia ok. alhamdulillah mil aku buatkan. baik mil aku tu. lepas tu aku tak puas hati aku tanya sendiri mil aku resepi dia dalam menghasilkan sambal ikan bilis tersedap. so dia pun share la resepi ni. memang kalau everytime dia buat nasik lemak memang aku takkan miss makan walaupun sebelum tu aku dah melantak sampai perut kekenyangan pun aku tetap akan makan nasik lemak mil aku masak sebab sambal ikan bilis dia tu yang ya Allah sedapnya. best ok.

menurut mil aku tipsnya untuk menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap adalah cili kisar tu mesti banyak. tapi memang betul pun, aku pernah tengok dia masak sambal ikan bilis ni. memang banyak betul cili kisar dia letak. lepas tu dia tumiskan cili kisar tu sampai betul betul garing. baru la mil aku tu letak air. memang kena tumis cili tu sampai betul betul betul betul garing punya. kan aku dah redundant.




Resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mertua

Bahan-bahan untuk di blend:

* cili kering (lagi banyak lagi sedap)
* bawang putih
* bawang merah
* belacan
* sedikit air


Bahan-bahan kasar;

* ikan bilis (ikut suka nak banyak mana)
* air asam jawa
* bawang besar (potong gelang)
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* minyak
* sedikit air


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan cili yang dah dikisar tadi. tumiskan sehingga cili betul betul garing dan pecah minyak.

2/ masukkan sedikit air. biarkan kuah memekat.

3/ masukkan air asam jawa. kacau hingga mendidih.

4/ masukkan ikan bilis. kacau.

5/ masukkan bawang besar, gula dan garam secukup rasa.

6/ agak kuah dah memekat kemerah-merahan boleh la tutup api dan hidangkan.




ni breakfast aku hari tu. laki aku pun puji sedap sambal ikan bilis tu. dia cakap macam mak dia punya sambal. kuikui. aku cakap la memang ye pun sebab ni tanya tanya mak macam mana nak buat.

ngeh ngeh ngeh.

ayam tu aku buat goreng serai... sebab anak aku sangat suka makan ayam. so aku pelbagaikan. kejap sup, kejap aku buat goreng berempah, kadang aku buat goreng serai. asalkan anak aku mahu makan. dia taknak makan dan susah poo poo tu aku risau. uhuks

untuk resepi nasik lemak nanti aku share kat entry lain okie dokie wokie.




with love,
NHZ







Resepi Ayam Goreng Kunyit Simply the Best

Assalamua'laikum wbt.

dua hari ni aku penat sangat, babygirl pun sama kepenatan. dah dua hari berturut aku keluar settle kan sikit hal berkaitan dengan bank. kesian kat babygirl la, sebab sekarang cuaca tak menentu demam. dah dua hari jugak balik rumah kena tempias hujan. sampai je rumah terus aku masak air campurkan dalam baldi kat bilik buat air panas-panas suam mandikan basah kepala Arissa. maklum la rumah aku ni takde heater lagi. so kena la manual. uhuks. risau aku kalau dia demam. alhamdulillah anakku sihat walafiat.

urusan dengan bank tak settle lagi. esok kena keluar lagi. harapnya tak jem la sebab esok cuti Deepavali. aku tak balik perak sebab laki aku kata esok dia balik kl. lagipun dengan keadaan kaki aku yang baru nak ansur-ansur pulih dari bengkak ni buat aku malas nak drive jauh-jauh walaupun pakai kereta auto. buat masa ni aku boleh drive dekat dekat je la.

tadi pun aku tak masak sebab aku tahu sampai rumah mesti aku bakal kelaparan dan kepenatan. kalau aku lapar takpe lagi, tapi aku kesian kalau anak aku berlapar. so tadi kat giant aku dah siap tapau nasi ayam kat uncle jack. sedap woh ayam dia, pedas-pedas garing. nasik dia pun sedap. tak la pulak sempat aku nak snap gambar sebab masuk je rumah terus aku kelam kabut mandikan anak aku. takpe next time aku beli lagi nasik kat uncle jack tu aku ambik gambar.

memandangkan malam ni babygirl tidur awal. so aku pun ambik kesempatan ni untuk blogging. aku nak share resepi ayam goreng kunyit. resepi ni aku dapat dari bonda hanis zalikha, auntie Nani Rostam. sedap resepi dia. pandai auntie nani ni masak-masak. aku suka la resepi ayam goreng kunyit ni. lagi-lagi bila aku macam takde idea nak masak apa. memang ini la pilihan aku kalau nak masak yang simple dan sedap.

tapi macam biasa, mana ada resepi yang aku taat bulat bulat kan. hahaha. resepi ni pun aku ada tambah tolak sikit sebab ada bahan-bahan dia yang aku takde. so aku adjust dengan apa yang aku ada kat rumah je.




Resepi Ayam Goreng Kunyit Best

Bahan-bahan:

* isi ayam
* sedikit serbuk kunyit
* sos ikan
* sedikit garam
* 3 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)
* 1 biji bawang Holland (potong gelang)
* 5 batang kacang panjang (potong ikut suka)
* 1 biji cili merah (potong serong)
* 2 batang serai (tumbuk kasar)
* bunga kobis
* cili padi
* sedikit minyak


Cara-cara:

1/ gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian, perapkan isi ayam tu dengan sos ikan. biarkan dalam setengah jam. gorengkan dan asingkan.

2/ panaskan minyak.tumiskan bawang putih yang dah ditumbuk tadi. masukkan bawang holland, cili padi dan serai. kacau hingga naik bau.

3/ masukkan pula kacang panjang dan bunga kobis. gaulkan. tapi jangan sampai kacang panjang tu overcooked. sebaiknya kacang panjang tu dibiarkan separuh masak, so nanti bila makan rasa macam garing je.

4/ masukkan isi ayam yang dah digoreng tadi. gaulkan sebati.

5/ tutup api dan boleh dihidangkan. 




sedap dimakan dengan nasik panas dan ayam tu cicah dengan sos cili. pergh memang sedap dimakan begitu sahaja kot. nasik tu gaul pulak dengan kicap. pergh pergh pergh! lepas tu pulak buat telur dadar. ok ni semua febret laki aku.

ngeh ngeh ngeh.



with love,
NHZ