CLICK ME

Monday 17 November 2014

Udang Sambal Tumis Petai

Assalamua'laikum wbt.

hari ni dah 1hb november. cepat je dah masuk november kan. dah maal hijrah pun. aku nak ucapkan salam maal hijrah pada yang baca blog ni la. semoga tahun baru ini membawa lebih banyak keberkatan, kebahagiaan dan keharmonian pada diri kita dan orang sekeliling. amin.

 di entry kali ni aku nak share resepi udang masak sambal tumis petai. wow wow. kalau untuk penggemar petai macam kami laki bini memang heaven la. sekilo udang tu memang tak cukup la. petai 3 papan pun memang sikit la. lepas tu bilik air pun wangi je. kihkih.

aku masak ni hari tu, tapi aku takde kesempatan nak share kat blog. selalu bila aku beli udang aku akan tumis sambal atau pun masak kicap. takpun aku buat cucur udang. yang lain tu aku tak terfikir la pulak nak masak udang tu camne.. kecuali udang galah aku akan buat masak lemak. campur pulak dengan karot putih. pergh. memang mengancam. ini resepi mak mertua aku. tapi itu nanti-nanti la aku share ok.

kebetulan petai yang ada dalam stok peti ais aku ada 3 papan je. aku pun malas nak pergi kedai beli petai lagi. penat aku naik turun lif kan. aku guna la bahan apa yang ada. udang pun ada lagi. so aku pun plan buat la udang masak sambal tumis petai. laki aku memang suka makan seafood ni. lagi lagi kalau ada petai tu ha ha ha memang lagi menarik perhatian la kan. anak aku pulak aku dah ajar dia makan pedas sikit-sikit. alhamdulillah. setakat pedas sikit dia dah boleh terima. tapi idak la pedas yang sesudu kuah sambal tu aku bagi kat dia. aku bagi dalam calit calit kat jari sikit je.

aku masak hidangan ni hari tu. kobis masak lemak, udang masak sambal tumis petai dan telur dadar. my daughter punya febret.





Resepi Udang Sambal Tumis Petai

Bahan-bahan yang di blend:

* cili kering
* bawang merah
* bawang putih
* sedikit belacan


Bahan-bahan kasar:

* udang
* air asam jawa
* garam secukup rasa
* sedikit gula
* air
* 1 biji bawang besar (potong gelang)
* minyak untuk menumis


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan bahan yang diblend tadi. tumis hingga pecah minyak dan cili menjadi garing. gunakan api kecil.

2/ bila cili dah garing, masukkan air asam jawa. kacau.

3/ masukkan sedikit air. kacau hingga menggelegak.

4/ masukkan garam secukup rasa.

5/ agak kuah dah memekat masukkan udang. udang tak perlu dimasak dengan lama sebab udang cepat masak. gaulkan.

6/ kalau terlalu pedas, masukkan sedikit gula. biarkan rasa sambal tumis tu balance.

7/ masukkan petai dan bawang besar. gaulkan.

8/ agak kepekatan kuah dah menepati citarasa sendiri boleh ditutup api.

9/ sedia untuk dihidang.