CLICK ME

Tuesday 21 October 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit Simply the Best

Assalamua'laikum wbt.

dua hari ni aku penat sangat, babygirl pun sama kepenatan. dah dua hari berturut aku keluar settle kan sikit hal berkaitan dengan bank. kesian kat babygirl la, sebab sekarang cuaca tak menentu demam. dah dua hari jugak balik rumah kena tempias hujan. sampai je rumah terus aku masak air campurkan dalam baldi kat bilik buat air panas-panas suam mandikan basah kepala Arissa. maklum la rumah aku ni takde heater lagi. so kena la manual. uhuks. risau aku kalau dia demam. alhamdulillah anakku sihat walafiat.

urusan dengan bank tak settle lagi. esok kena keluar lagi. harapnya tak jem la sebab esok cuti Deepavali. aku tak balik perak sebab laki aku kata esok dia balik kl. lagipun dengan keadaan kaki aku yang baru nak ansur-ansur pulih dari bengkak ni buat aku malas nak drive jauh-jauh walaupun pakai kereta auto. buat masa ni aku boleh drive dekat dekat je la.

tadi pun aku tak masak sebab aku tahu sampai rumah mesti aku bakal kelaparan dan kepenatan. kalau aku lapar takpe lagi, tapi aku kesian kalau anak aku berlapar. so tadi kat giant aku dah siap tapau nasi ayam kat uncle jack. sedap woh ayam dia, pedas-pedas garing. nasik dia pun sedap. tak la pulak sempat aku nak snap gambar sebab masuk je rumah terus aku kelam kabut mandikan anak aku. takpe next time aku beli lagi nasik kat uncle jack tu aku ambik gambar.

memandangkan malam ni babygirl tidur awal. so aku pun ambik kesempatan ni untuk blogging. aku nak share resepi ayam goreng kunyit. resepi ni aku dapat dari bonda hanis zalikha, auntie Nani Rostam. sedap resepi dia. pandai auntie nani ni masak-masak. aku suka la resepi ayam goreng kunyit ni. lagi-lagi bila aku macam takde idea nak masak apa. memang ini la pilihan aku kalau nak masak yang simple dan sedap.

tapi macam biasa, mana ada resepi yang aku taat bulat bulat kan. hahaha. resepi ni pun aku ada tambah tolak sikit sebab ada bahan-bahan dia yang aku takde. so aku adjust dengan apa yang aku ada kat rumah je.




Resepi Ayam Goreng Kunyit Best

Bahan-bahan:

* isi ayam
* sedikit serbuk kunyit
* sos ikan
* sedikit garam
* 3 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)
* 1 biji bawang Holland (potong gelang)
* 5 batang kacang panjang (potong ikut suka)
* 1 biji cili merah (potong serong)
* 2 batang serai (tumbuk kasar)
* bunga kobis
* cili padi
* sedikit minyak


Cara-cara:

1/ gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian, perapkan isi ayam tu dengan sos ikan. biarkan dalam setengah jam. gorengkan dan asingkan.

2/ panaskan minyak.tumiskan bawang putih yang dah ditumbuk tadi. masukkan bawang holland, cili padi dan serai. kacau hingga naik bau.

3/ masukkan pula kacang panjang dan bunga kobis. gaulkan. tapi jangan sampai kacang panjang tu overcooked. sebaiknya kacang panjang tu dibiarkan separuh masak, so nanti bila makan rasa macam garing je.

4/ masukkan isi ayam yang dah digoreng tadi. gaulkan sebati.

5/ tutup api dan boleh dihidangkan. 




sedap dimakan dengan nasik panas dan ayam tu cicah dengan sos cili. pergh memang sedap dimakan begitu sahaja kot. nasik tu gaul pulak dengan kicap. pergh pergh pergh! lepas tu pulak buat telur dadar. ok ni semua febret laki aku.

ngeh ngeh ngeh.



with love,
NHZ




No comments:

Post a Comment