CLICK ME

Sunday 5 October 2014

Ikan Dory Kukus Serai Yummilicious

sebelum aku nak melelapkan mata ni, aku nak share resepi terakhir untuk malam ni. resepi yang sangat kerap aku buat bila aku rasa macam nak cepat atau sangat lapar dan taknak masak yang rumit rumit.

aku nak share resepi ikan dory kukus serai. aku sangat suka makan makanan berkukus ni. an alternative to eat healthy. biasa bila aku buat kukus ni aku akan letak halia yang dalam kuantiti sangat banyak dan cili padi yang aku potong halus halus sangat dengan kuantiti sangat banyak jugak. sedap wooooh.

selain dari kukus serai, aku jugak suka ikan kukus lemon. weyh sedap ah. serius tak tipu. bagi yang suka makan masam masam macam aku ni kalau buat ikan siakap kukus lemon tu memang sedap yang amat la. laki aku pun suka. siap dia perah perah lagi lemon tu dalam pinggan walaupun ikan tu kuah dia dah cukup masam dah.

tapi kat entry lain nanti aku share resepi ikan kukus lemon. sekarang aku nak share resepi ikan kukus serai. kali ni aku guna ikan dory, sebab nak habiskan stok dory dalam peti ais tu. biasa aku buat guna ikan siakap takpun bawal. dua dua pun sedap jugak.



Resepi Ikan Dory Kukus Serai

Bahan-bahan:

* ikan dory
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* cili padi
* serai
* air
* garam secukup rasa
* sos ikan
* cili merah (potong serong)

Cara-cara:

1/ lumurkan ikan dory dengan garam dan sos ikan. biarkan selama setengah jam.

2/ selepas setengah jam, masukkan ikan dory yang dah dilumur ke dalam bekas.

3/ masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serai ke dalam bekas yang diisi ikan dory tadi.

4/ masukkan air sedikit. tak perlu banyak. ikan tak perlu tenggelam.

5/ masukkan dalam pengukus dan kukuskan sampai ikan masak. nak tahu ikan masak rasa bila isi ikan dah keras maksudnya ikan dah masak la. selalu ikan dory ni tak perlukan masa lama untuk masak. dalam 15minit ke 30minit je.

6/ agak dah nak masak tu masukkan garam secukup rasa dan cili merah.

7/ siap untuk dihidangkan.





itu tangan laki aku. sebelum dia makan aku cakap kat dia bang tunggu bang. ambik gambar dulu. kuikui. laki aku biasa makan kalau berkukus ni walaupun ada banyak cili padi aku letak dalam tu dia nak jugak ada cili kicap. dia suka extra yang mengundang kepedasan. takpe la, janji laki aku suka makan apa aku masak.

alhamdulillah aku dapat hubby boo yang tak cerewet makan. apa je aku masak dia makan.

untuk resepi cili kicap, senang je cili kicap aku ni. tak payah pening pening nak guna blender ke apa. aku buat yang ringkas, pantas dan pedas.



Resepi Cili Kicap

Bahan-bahan:

* cili padi
* kicap
* limau nipis

Cara-cara:

1/ potong cili padi halus-halus. masukkan kicap dan perahkan limau nipis dalam tu. paling sedap guna kicap manis.

2/ siap. ok boleh makan.




with love,
NHZ

No comments:

Post a Comment