CLICK ME

Saturday 4 October 2014

Asam Pedas Opah Melaka Style

Assalamualaikum wbt.

esok hari raya aidiladha. aku tak balik Perak kali ni. so beraya di KL jela. untuk yang pulang ke kampung tu aku cuma nak ingatkan kalau drive, please drive safe. kalau tak drive tu please dont get too excited. happy sangat dalam kereta pun tak boleh. berpada-pada ok. aku pasti ramai yang tak sabar nak makan daging korban esok.

untuk lunch kali ni aku teringin nak makan asam pedas. kebetulan ikan kembung belen semalam pun ada lagi 2 ekor dalam peti ais tu. so aku gunakan untuk masak asam pedas. aku tak la sangat suka makan asam pedas tapi kalau sesekali tu kalau teringin memang aku buat jugak.

asam pedas ni biras aku iaitu kakak ipar aku yang ajarkan. kakak ipar aku ni dia duduk melaka dulu lama, so aku pun gasak-gasak la dia tanya camne orang melaka power buat asam pedas. dia kata menurut apa yang dia tanya tanya orang sekitar nak buat asam pedas ni cili dia masak kena garing, lepas tu kena letak belacan banyak. sebelum ni aku pernah buat dan memang menjadi. sedap ok. laki aku pun tak suka sangat makan asam pedas pun makan tambah-tambah. aku pun sama.

dan kali ni aku gunakan resepi yang sama untuk menu makan tengahari aku pada hari ni. aku masak asam pedas dengan sawi rebus je.





Resepi Asam Pedas Opah Melaka Style

Bahan-bahan untuk di blend:

* cili kering (lagi banyak lagi sedap)
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* belacan (lagi banyak lagi sedap)

Bahan-bahan kasar:

* ikan kembung/ pari
* serai (ditumbuk manja maksudnya tumbuk sikit-sikit je)
* tomato (belah 6)
* bendi
* daun kesum
* garam secukup rasa
* minyak menumis
* air sedikit
* asam jawa


Cara-cara:

1/ panaskan minyak dalam kuali. masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. guna api kecil, kacau sampai cili jadi garing.

2/ masukkan air dah asam jawa. biarkan sehingga mendidih.

3/ agak kuah dah mendidih tu masukkan ikan tadi. biarkan sehingga ikan masak. tak perlu kacau, nanti takut hancur ikan.

4/ masukkan daun kesum. biarkan.

5/ masukkan tomato. kacau manja-manja.

6/ agak kuah dah memekat macam merah keorenan tu masukkan bendi. masukkan garam secukup rasa. gaulkan. 

7/ biarkan 5 minit. tutup api dan hidangkan.






selamat menyambut hari raya aidiladha uols!



with love,
NHZ

No comments:

Post a Comment