CLICK ME

Thursday 2 October 2014

Kek Coklat Kukus Paling Moist dan Sedap

sekarang ni hujan lebat kat sini. alhamdulillah.

sementara aku tengah tunggu kek aku masak dikukus ni. aku nak share resepi paling best sedunia. ok aku exaggerate. tapi resepi paling best untuk buat kek coklat kukus moist over sedap melampau sangat. memandangkan nama tu panjang sangat aku gantikan kepada kek kukus moist paling sedap. ok dah tak boleh pendekkan lagi sebab kek ni memang sangat sedap.

kek coklat ni kegemaran Arissa. sekarang ni Arissa semedang nak kek. so aku pun dah janji dengan dia dari hari tu lagi nak buat kek. tapi sekarang semua bahan dah ada dah boleh la buat kek. tadi cakap kat Arissa ibu nak buat kek. terus dia menjerit nangis nangis nak kek nak kek. isk budak ni ingat kek tu bila cakap terus siap ke. sabau je la aku melayan kerenah Arissa ni.

so sepanjang masa aku buat kek dia pun tolong jugak. walaupun aku dah bukak tv buka winx tu, kejap-kejap dia datang kat aku tengok kek tu. asal tengok bancuhan kek dia nangis nangis cakap nak kek nak kek. kesian pun ada aku pada anak aku ni. tapi apakan daya aku takde magic touch bila pegang je terus siap segedabak kek tu depan mata. kesian anak aku. nangis sampai tertidur ha sebab nak kek.

ni aku tengah kukus ni. kejap lagi siap la. tahu tahu je Arissa bangun tidur boleh terus makan kek. kek ni aku buat dalam bentuk cupcake. senang Arissa boleh ngap satu-satu nanti. lagipun Arissa boleh makan sehari 5 cupcake ko. pagi pagi bangun tidur pun dia boleh terus mintak kek kek.






Resepi Kek Coklat Moist Sedap 

Bahan A
* 1cup serbuk koko
* 1cup gula pasir
* 1cup susu cair
* 1cup minyak masak
* half cup susu pekat

Bahan B
* 1 and half cup tepung gandum
* 1tsp soda bikarbonat
* 1tsp baking powder

Bahan C
* 3biji telur pada suhu bilik
* 1tsp esen vanilla


Cara-cara:

1/ panaskan air dalam pengukus. guna api kecik. biarkan.

2/ ayakkan bahan-bahan B. asingkan.

3/ campurkan bahan-bahan A dalam periuk. guna api kecik. kacau bagi sebati. dah sebati tu boleh tutup api.

4/ pukul telur sampai kembang. masukkan esen vanilla.

5/ masukkan bahan A yang dah dimasakkan dalam periuk tadi ke dalam bahan C iaitu telur yang dipukul tadi. kacaukan.

6/ akhir sekali campurkan bahan B iaitu tepung yang dah diayak tadi. gaul sebati.

7/ masukan ke dalam loyang atau cupcake atau mana-mana yang suka dan tutupkan dengan aluminium foil. supaya air periuk tu tak masuk ke dalam kek. pastikan air dalam pengukus tu dah panas terlebih dahulu sebelum masukkan kek dalam pengukus.

8/ kukuskan dalam 1jam ke 1jam setengah.

9/ sejukkan dan boleh dimakan. kalau nak kelihatan lebih menggoda boleh makan dengan aiskrim vanilla. memang sedap.




with love,
NHZ

No comments:

Post a Comment