CLICK ME

Sunday 5 October 2014

Sup Bebola Ayam Mudah dan Sedap

untuk lunch hari ni aku masak simple je. sup bebola ayam.. sebabnya bahan dalam peti ais aku dah habis. plan nya nak beli hari ni kat giant dengan hubby boo aku, tapi memandangkan kaki aku masih dalam rehat sebab bengkak terseliuh malam tadi. so aku habiskan jela apa ada dalam freezer tu. alhamdulillah aku dapat suami yang tak cerewet makan. apa je aku masak semua dia makan. tengkiu abg!

harap kaki aku menjelang esok dah surut bengkak. kalau tak jenuh la sebab makanan dalam peti ais dah habis. esok ingat nak ajak hubby boo pergi giant cari ayam ke ikan ke siakap ke apa yang patut.

ini lunch aku untuk hari ni. simple simple pun anak aku makan bertambah jugak sebab dia memang suka makan bebola ayam ni. alhamdulillah. janji babygirl mahu nak makan. kalau dia taknak makan tu aku runsing. kuikui




Resepi Sup Bebola Ayam Mudah dan Sedap


Bahan-bahan:

* 4 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* halia
* sebatang kulit kayu manis
* 2 bunga cengkih
* 3 bunga lawang
* 5 biji buah pelaga
* air
* karot
* kentang
* bebola ayam (aku guna ayamas)
* isi ayam yang dicarik 
* garam secukup rasa
* sedikit minyak
* daun bawang dan daun sup (unfortunately rumah aku takde buat masa ni so aku tak letak)


Cara-cara:

1/ bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk.

2/ panaskan sedikit minyak dalam periuk. masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi. kacau.

3/ masukkan pula kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. kacau sekejap.

4/ masukkan pula air. biarkan mendidih.

5/  masukkan bebola ayam dan isi ayam tadi. biarkan.

6/ masukkan karot dan kentang tadi. biarkan sup mendidih.

7/ masukkan garam secukup rasa. kalau ada daun bawang dan daun sup boleh masukkan sekali.

8/ tutup api dan sedia untuk dihidang.



with love,
NHZ



No comments:

Post a Comment