CLICK ME

Saturday 4 October 2014

Resepi Aiskrim Buat Sendiri Yang Super Mudah

Assalamua'laikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidiladha uols! 

aku tak pergi mana hari ni. takde lauk spesel pun kat rumah tengahari ni. lunch masak sup je. hari ni memang tak pergi mana sebab keadaan aku pun tak mengizinkan. malam tadi lepas keluar rumah nak pergi jemput laki aku, aku ikut tangga tepi rumah aku. tapi malang tak berbau aku terjatuh dari tangga.

alhamdulillah anak aku Arissa sihat takde apa apa. cuma aku la kena masuk hospital sekejap semalam masuk kecemasan sebab kaki aku bengkak teruk. masuk kecemasan semalam alhamdulillah doktor dah xray kaki aku takde apa apa. cuma buku lali aku bengkak teruk. so now pergerakan aku terbatas. jalan pun mengengsot sikit. tuh la ni baru Allah tarik sikit. apa pun aku anggap ni sebagai kifarah dosa aku dan banyakkan istighfar sebab Allah sayang aku. 

ok so sekarang aku nak share resepi semalam yang aku sempat buat sebelum aku nak keluar rumah sebelum tragedi tuh. aku sempat la buat aiskrim sendiri. saja je aku buat aiskrim ni. sebab babygirl sangat suka makan aiskrim. so aku pun rasa why not do something yang boleh aku letak apa aku suka dalam aiskrim tu. kebetulan kitkat bites hari tu tak habis lagi. bahan-bahan untuk buat aiskrim pun semua ada. so buat la kan. 

Arissa pun sekarang dah pandai. ibu masak ke nak baking ke dia pun datang la dekat. tolong keluarkan mixer dari kotak la. takpun dia duduk kat tepi tu dia tengok je. kadang-kadang saja aku ambek tangan dia pegangkan mixer. tapi tangan aku pun ada pegang sekali la. saja aku bagi exposure kat anak aku. lepas tu saja aku nak dia rasa apa aktiviti aku buat pun melibatkan dia. takde la dia boring nanti. 




Resepi Aiskrim Buat Sendiri Yang Super Mudah

Bahan-bahan:

* 1 tin susu cair
* 2 sb tin susu pekat
* 1 tsp esen vanilla
* 1 sb ovalette
* additional: 2 sachet milo dan kit kat bites


Cara-cara:

1/ satukan semua bahan dalam 1 bekas kecuali bahan yang additional. kacau guna mixer selama 20
minit sampai bancuhan jadi betul creamy. tapi kalau takde mixer, nak guna blender pun boleh. tapi takut blender tu jadi panas sebab kena blend 20 minit, so boleh blend sekejap sekejap selama 20 minit.

2/ setelah 20 minit, tutup mixer dan campurkan bahan yang additional tadi. kalau taknak guna milo dan kitkat bites pun boleh. korang boleh ganti dengan perisa yang korang nak la eg coffee emulco untuk rasa aiskrim kopi atau perisa jagung kalau nak aiskrim jagung.




3/ masukkan dalam peti ais dan biarkan semalaman.





* aiskrim milo aku dah siap dan keras. ini selepas semalaman dalam peti ais. sedap over ok! rasa milo pastu bila makan tiba tiba ada rasa crunchy kitkat bites tu. yummeh. *



 * model kecik tengah menikmati suapan aiskrim milo. laju betul dia makan. kuikui. *



* puas hati bila anak kita makan makanan yang kita buat dengan air tangan sendiri, dan paling best dia asek nak lagi lagi dan lagi.




with love, 
NHZ

No comments:

Post a Comment