CLICK ME

Wednesday 1 October 2014

Karipap Mabeles Sedap Over

Assalamualaikum wbt.

pagi ni khamis dah. esok jumaat. minggu ni minggu aidiladha. tengok kat tv1 pun berlumba-lumba orang tengah nak buat haji. semoga kita jugak antara yang bakal dijemput oleh Nya ke tanah suci Mekah tu. inshaAllah.

ok pagi ni aku nak share resepi karipap. aku memang sangat suka makan karipap. lagi-lagi yang mama buat. so apa aku buat bila aku suka makan, aku akan belajar. mula-mula tu biasa la mana jadi sangat. mesti ada terkurang itu ini. tapi practise makes perfect. sekarang ok la. nak kata sama level dengan mama tu, kurang berapa inci je lagi.

hahahahaha.

karipap ni ada banyak jenis. ada orang suka suka karipap sardin, ada orang suka karipap kentang. aku pulak suka karipap yang menggunakan kari ayam cincang atau pun daging cincang.

macam kat Ikea jual karipap telur. aku suka. tapi abah aku tak suka. dia ikut selera orang la kan. macam aku ni ada ke benda aku tak suka? rasanya aku ni tolak batu besi zink je.

muwahahahah





Resepi Karipap Mabeles Over Sedap


Bahan-bahan untuk kulit karipap:

* tepung
* air
* 1 sb marjerin yang dicairkan atas api. 
* garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk inti karipap:

* 4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
* 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
* halia (dihiris nipis)
* kentang/ keledek (dipotong dadu)
* daun kari (optional)
* 3 sb serbuk kari ayam/ daging (bergantung guna yang mana)
* daging cincang/ ayam cincang (kalau takde guna ayam/ daging yang sedia ada pun takpe tapi potong halus)
* daun sup
* daun bawang
* minyak untuk menumis dan menggoreng karipap
* air 



Cara-cara membuat doh kulit karipap:

1/ tepung dimasukkan dalam 1 bekas. masukkan garam. 

2/ kemudian masukkan mentega/ marjerin yang dah dipanaskan. gaulkan. masukkan air sedikit demi sedikit. air tak perlu banyak. sikit je. cuma nak bagi tepung tu meliat je. ulikan.

3/ ulikan membulat banyak banyak guna tangan kecik kecik dan asingkan dalam bekas lain sehingga habis tepung. biarkan.



Cara-cara membuat inti karipap:

1/ panaskan minyak sedikit. masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dihiris. tumiskan.

2/ masukkan serbuk kari yang dah dicampurkan dengan air. kacau sehingga pecah minyak.

3/ setelah pecah minyak masukkan pula kentang/ keledek tadi. gaul sebati.

4/ kemudian masukkan pula ayam/daging. gaulkan.

5/ masukkan sedikit air untuk pastikan kentang dimasak dengan sepenuhnya. biarkan air tu mengering sendiri. kacau selalu.

6/ masukkan sedikit garam secukup rasa.

7/ setelah air hampir kering, masukkan daun sup dan daun bawang tadi.

8/ setelah dikacau dan inti pun dah kering, boleh ditutup api. biarkan menyejuk seketika.

9/ setelah sejuk, ulikan doh karipap tadi dan sedia untuk digoreng.




nak kelim karipap tu boleh guna acuan yang ada dijual kedai khas untuk mengelim karipap tu pun boleh. tapi biasa aku tak guna, aku kelim sendiri. guna tangan. ni mama aku ajar. so biasa pun aku kelim sendiri. tapi kalau rasa tak mahir mengelim takpe je, guna acuan pun cantik. yang penting masuk mulut dan sedap mabeles ok.




nyum nyum.



hurm dalam peti ais ada sikit lagi daging cincang belen spagetti hari tu. aku tulis tulis ni aku pun rasa nak buat karipap jugak.




with love,
NHZ

No comments:

Post a Comment