CLICK ME

Wednesday 1 October 2014

Spagetti Aglio Olio Over Yummy

aku sangat-sangat suka makan spagetti. regardless bolognese, carbonara or even aglio olio. serius aku sangat suka. walau muka aku muka melayu pure tapi untuk makan makan western memang tak buat ku lupa diri. hahah.

sebab aku suka sangat makan spagetti, so aku tak puas hati kalau sekadar order je. aku mesti rasa eager nak belajar tu macam over-over. sebab aku aku ni walaupun kecik tapi aku suka makan dalam portion besar. muahahah.

aku tak malu mengaku aku sangat kuat makan. so kalau makan kat kedai tu kalau dapat portion yang comel comel mesti aku rasa macam 'omg banyak ni je'. uhuks. nasib baik aku dapat laki geng macam aku. kita dua-dua suka makan dan kita dua orang makan banyak. sep sikit abg! heh heh.

so aku nak share resepi aglio olio yang menggunakan bahan asas iaitu spagetti jugak. aglio olio ni sangat mudah. like seriously. tapi paling best aku suka sebab aglio olio ni kita letak lada hitam. aku memang suka makan lada hitam bagi pecahkan angin.






Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap


Bahan-bahan:

* spagetti. aku guna San Remo (rendamkan sampai lembut. bukan lembik ye. taknak terlalu lembut sebab nanti kita akan gaul masa nak gorengkan).

* 6 ulas bawang putih (ditumbuk)

* bawang holland (potong dadu kecik-kecik)

* minyak zaitun. rumah aku takde minyak zaitun. aku guna minyak masak biasa tu je.

* sotong, udang, kepah, kupang (optional)

* lada hitam (ditumbuk)

* cili kering ( rebus dulu pastu keringkan. potong secara serong)

* cili flakes/ cajun

* garam secukup rasa


Cara-cara:

1/ panaskan minyak. masukkan bawang putih dan bawang holland. tumis sampai dah kuning layu.

2/ masukkan seafood tadi. gaul sekejap.

3/ masukkan spagetti tadi. masukkan cili kering, cili flakes dan cajun tadi. gaulkan.

4/ masukkan lada hitam. gaulkan. 

5/ masukkan garam secukup rasa. gaul sekejap dan tutup api.

6/ sedia untuk dihidang. 


kalau ada daun basil tu boleh la letak tengah-tengah kekonon macam kedai. ecececeh. rumah aku takde semua tu. tambahan anak aku asal aku letak kat meja je terus mamam mamam. tapi aku dah asingkan untuk dia yang takde lada hitam dan saknika cili tu.

laki aku suka makan ni. adik aku Nana Banana Shanana Arena tu pun suka. aku pun lagi la suka kan.

muwahahah




with love,
NHZ



No comments:

Post a Comment